Bentley Continental GT Speed 2021 didedah — 659 PS, 0-100 km/j 3.6 saat, stereng belakang dan LSD baru

Bentley Continental GT Speed 2021 didedah — 659 PS, 0-100 km/j 3.6 saat, stereng belakang dan LSD baru

Bentley akhirnya memperkenalkan varian Speed bagi model Continental GT generasi ketiga. Sama seperti model lainnya, Speed menerima enjin yang lebih berkuasa dan talaan casis yang komprehensif untuk menjadikannya berbeza seperti dicadangkan namanya.

Speed ini menggunakan asas model W12, dengan enjin 6.0 liter turbocas berkembar yang telah ditala untuk menghasilkan 24 PS lebih tinggi kuasa menjadi 659 PS. Tork maksimum pula sebanyak 900 Nm. Peningkatan kuasa ini berkurangan daripada sebelumnya, jadi peningkatan prestasi juga lebih sederhana — 0-100 km/j hanya 0.1 saat lebih pantas dengan 3.6 saat, sementara laju maksimum naik 2 km/j menjadi 335 km/j.

Bagi transmisi klac berkembar lapan-kelajuan pula, ia talaan semula perisiannya membolehkannya menukar gear dua kali ganda lebih cepat dalam mod Sport, dan dalam masa sama kekal dalam gear lebih lama dan lebih cepat menurunkan gear untuk mengekalkan enjin dalam julat kuasa terbaik.

Bentley Continental GT Speed 2021 didedah — 659 PS, 0-100 km/j 3.6 saat, stereng belakang dan LSD baru

Selain daripada suspensi udara tiga-kebuk dan penstabil aktif 48-volt aktif, Speed juga ditambah dengan dua teknologi baru yang belum pernah diberikan kepada model Continental GT. Pertama, stereng roda belakang, yang pertama kali dilihat pada Flying Spur dan menjadi lebih aktif pada Speed, memberikan lebih ketangkasan dengan pacuan sistem semua rodanya.

Sistem AWD yang ada juga diberi talaan baru (seperti juga kawalan cengkaman) untuk memberikan perubahan dalam perwatakan pemanduan, memberikan lebih cengkaman. Dan dalam mod Sport, bias yang lebih banyak diberikan untuk roda belakang. Kedua, limited-slip rear differential elektronik, yang pertama untuk Bentley. Ia memberikan lebih cengkaman, stabiliti dalam garis lurus dan pelarasan pendikit — terutama dalam mod Sport.

Speed juga datang dengan pilihan brek karbon seramik dengan angkup 10-piston di depan dan angkup empat-piston di belakang. Ini sepadan dengan rim aloi 22-inci yang digunakannya. Terdapat juga aspen penampilan lain yang membezakannya berbanding Continental biasa. Antaranya gril hitam, serta elemen skirting yang ada.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required