UMW Toyota dan Lexus catat peningkatan jualan 62% bagi Q1 2021; Corolla Cross CBU habis, versi CKD Q4

UMW Toyota dan Lexus catat peningkatan jualan 62% bagi Q1 2021; Corolla Cross CBU habis, versi CKD Q4

UMW Toyota Motor (UMWT) melaporkan lebih 17,000 unit kenderaan Toyota dan Lexus telah terjual sepanjang suku pertama 2021. Jika digabungkan angka dua jenama berkenaan, syarikat itu memperoleh kira-kira 12.1% perkongsian dalam pasaran tempatan. Prestasi jualan suku pertama itu juga 62% lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

Model paling laris bagi UMWT ialah Toyota Vios dan Toyota Hilux; telah diberi kemaskini pada Oktober 2020, Hilux terus menjadi pendahulu bagi pasaran trak pikap dengan 56% perkongsian pada suku pertama tahun ini. Dengan Honda Jazz generasi ketiga yang kini berada di penghujung hayatnya, Toyota Yaris menduduki tempat pertama dalam segmen hatchback bukan nasional, dengan anggaran perkongsian pasaran 73% bagi suku pertama.

Kedua-dua Yaris dan Vios diberikan kemaskini pada Disember 2020. Kini dengan GR-S yang lebih sporty sebagai varian tertinggi, Vios telah mencatatkan jualan sekitar 5,600 pemilik bari sejak dilancarkan. UMWT menjelaskan, daya penarik model berkenaan dijangka akan terus meningkat, dengan perlumbaan Vios Challenge yang kini dalam musim keempat turut meningkatkan lagi perhatian terhadan sedan segmen B tersebut.

UMW Toyota dan Lexus catat peningkatan jualan 62% bagi Q1 2021; Corolla Cross CBU habis, versi CKD Q4

Pada Februari lalu pula, Toyota memperkenalkan MPV Innova dan SUV Fortuner yang dikemaskini. Ini kemudiannya diikuti oleh pengenalan sulung Corolla Cross bulan lalu. Crossover terbaru itu, yang diperkenalkan dalam dua varian dengan enjin 1.8 liter (G dan V), diimport dari Thailand.

Unit CBU itu kini sudah habis terjual, dan Toyota akan meneruskan pengambilan tempahan bagi unit CKD pula selepas ini, yang dijangka akan mula diserahkan dalam suku keempat tahun ini. Sebuah lagi kereta yang telah habis dijual ialah FR Yaris yang juga diperkenalkan Disember tahun lalu.

Menjelang Hari Raya Aidilfitri akan datang, UMWT juga akan menjalankan kempen “Countless Rewards” sebagai insentif tambahan untuk pelanggan membeli kenderaan sebelum tamatnya pengecualian cukai pada 30 Jun ini. Syarikat itu juga menyediakan pembiayaan EZ Beli yang menawarkan ansuran bulanan lebih rendah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required