Ujian IMBRT di Johor secara rasmi telah bermula

Ujian IMBRT di Johor secara rasmi telah bermula

Selepas pengumuman dibuat bulan lalu, hari ini secara rasminya ujian perintis projek sistem Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT) telahpun dimulakan. Majlis perasmian ujian berkenaan telahpun dibuat bagi tadi di Iskandar Puteri, Johor Bahru dengan disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, ujian rintis tersebut akan berjalan selama tiga bulan menggunakan bas berteknologi hijau berasaskan elektrik dan biodiesel daripada sembilan buah syarikat pengeluar bas tempatan dan antarabangsa.

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) serta agensi-agensi berkaitan akan turut menjalankan membuat penilaian, mengumpul maklum balas mengenai keberkesanan dan keselamatan bas serta mendapatkan kelulusan penggunaan sebenarnya kelak.

Ujian IMBRT di Johor secara rasmi telah bermula

DCIM101MEDIADJI_0393.JPG

Selepas menyempurnakan majlis perasmian berkenaan, Datuk Ir. Hasni meluangkan masa meninjau model berskala Stesen IMBRT dan melawat tiga jenis bas untuk laluan perantara, terus dan utama sistem IMBRT daripada sembilan bas berteknologi hijau lain yang akan diuji.

Beliau kemudiannya turut serta menaiki bas berkapisiti tinggi yang melalui Persiaran Puteri Selatan, Jalan Laksamana 1, Jalan Laksamana 2 dan Persiaran Dato’ Seri Amar sebelum berpatah balik ke lokasi permulaan.

“Perkhidmatannya akan memastikan sistem pengangkutan awam yang efisien, mudah dan mesra alam, meliputi kawasan yang luas. Saya yakin ianya akan menjadi pemangkin pembangunan, tidak hanya bagi kawasan Iskandar Malaysia, tetapi bagi keseluruhan negeri Johor,” kata Menteri Besar berkenaan dalam ucapan perasmian projek ini.

Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim pula menegaskan infrastruktur pengangkutan awam yang efisien dan bersepadu penting bagi menarik pelaburan asing dan domestik, sekaligus meningkatkan daya tarikan ke koridor pembangunan itu.

“Projek IMBRT ini dijangka akan membuka sehingga 35,000 peluang pekerjaan dan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Johor,” tambahnya lagi.

Projek tersebut telah mengenal pasti laluan perantara, terus dan utama yang akan menghubungkan kawasan seluas 2,043 kilometer atau kira-kira 90 peratus daripada kawasan berpenduduk di Iskandar Malaysia. Apabila dilaksanakan sepenuhnya, IMBRT mampu menghubungkan 55 laluan perantara dan 44 laluan terus dengan laluan utama merangkumi 33 stesen.

Ujian IMBRT di Johor secara rasmi telah bermula

Dalam kenyataan yang dikeluarkan bulan lalu, IRDA menyatakan bahawa ujian perintis yang dilaksanakan ini akan berlangsung di sepanjang Lebuh Raya Sultan Iskandar, melibatkan laluan antara Anjung Medini ke Horizon Hill dalam tempoh tiga bulan bermula 8 April 2021.

Manakala sembilan pembekal bas yang disebut berkenaan akan menjalankan demonstrasi teknologi bas mesra alam terkini termasuk menggunakan elektrik sepenuhnya dan biodiesel, melibatkan bas 6 dan 12 meter, serta ‘tren tanpa rel’ dengan panjang 32 meter Automated Rapid Transit (ART).

Ujian ini turut akan disertai oleh Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) bagi membuat penilaian terhadap prestasi sistem ART berkenaan, terutamanya kebolehannya untuk mengambil pusingan, membuat pergerakan dan juga mengubah lorong di atas jalan raya.

Manakala bas 6 meter pula akan melalui ujian bagi menilai prestasinya dalam laluan feeder serta penggunaan bateri untuk setiap trip bagi bas yang dijana kuasa elektrik sepenuhnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required