PKP 3.0: Semua stesen pengangkutan awam yang tersenarai dalam HIDE masih kekal beroperasi

PKP 3.0: Semua stesen pengangkutan awam yang tersenarai dalam HIDE masih kekal beroperasi

Kelmarin kerajaan telah mengeluarkan senarai lokasi yang ditetapkan di di bawah sistem amaran awal Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) yang dibangunkan bersama oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia bertujuan memberi amaran awal dalam mencegah peningkatan jangkitan COVID-19 dengan menggunakan data daripada aplikasi MySejahtera.

Antara senarai premis atau lokasi yang dianggap berpotensi menjadi kluster sekiranya tiada tindakan awalan diambil termasuklah pusat membeli-belah dan juga stesen serta terminal pengangkutan awam. Antara stesen pengangkutan awam yang terlibat ialah LRT KLCC, LRT Masjid Jamek dan KL Sentral.

Walau bagaimana pun, Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata, ketiga-tiga stesen berkenaan akan terus beroperasi biarkan berada dalam senarai HIDE. Menurut MOT, walau bagaimana pun, semua premis perniagaan di stesen yang disenaraikan itu akan ditutup selama tiga hari dari 9 hingga 11 Mei mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN), laporan Bernama.

MOT berkata sebarang penutupan atau pembukaan premis perniagaan ini adalah tertakluk kepada arahan MKN dari semasa ke semasa. Tambahnya, perkhidmatan pengangkutan awam sangat penting bagi negara, terutama bagi petugas barisan hadapan yang bergantung pada operasi berterusan walaupun semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Semua stesen pengangkutan awam perlu sentiasa dibuka bagi tujuan pemindahan atau penghantaran bekalan penting sekiranya berlakunya kecemasan,” katanya.

Menurut MOT lagi, stesen pengangkutan ini juga dilengkapi dengan alat pengimbas suhu di samping melaksanakan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang ketat. Ia juga mengingatkan semua pengguna pengangkutan awam untuk terus mematuhi SOP termasuk penggunaan cecair pencuci tangan, memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan mengimbas kod QR MySejahtera.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required