Pernah sebelum ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff mendedahkan bahawa ada perancangan sebenarnya untuk syarikat itu meneroka rekaan badan jenis wagon bagi model Gen2, begitu juga dengan model generasi baru Satria Neo. Banyak lagi perancangan lain, tetapi Gen2 versi prestasi tinggi tidak pernah menjadi sebahagian daripada itu.
Untuk itu, Theophilus Chin kali ini cuba membayangkan pula bagaimana rupa Gen2 GTi, sekiranya model berkenaan benar-benar ada. Imejnya agak jelas, ia merupakan kacukan antara Gen2 dengan bahagian daripada Satria GTi. Bahagian yang dikongsi itu pula agak ketara kelihatan — bampar depan dengan lampu kabus bulat kelihatan sepenuhnya di sini, dengan perbezaan hanya melibatkan rekaan gril (tidak berubah dari Gen2 versi pra-facelift).
Turut kelihatan ialah jalur plastik hitam yang menghiasi sisi Gen2 ini, lengkap dengan lencana “GTi 16V” di pintu belakang. Nampak macam kedudukannya sedikit tak kena tempat, mungkin disebabkan oleh bentuk asalnya lebih kurus termasuk di bucunya, dan diletakkan lebih tinggi.
Bentuk tambahan lengkung roda GTi juga disertakan dalam rekaan ini, berserta rim 16-inci enam jejari ikoniknya. Namun, rekaan ini menambah angkup kuning yang tak ada pada kereta asal — ia dipinjam daripada Proton Satria GTi 2000 Dream Street Restoration.
Di belakang, rekaan Satria GTi asal dapat dilihat di bahagian separuh ke bawah bampar yang ditampilkan ini, termasuklah kemasan mungcung ekzos berkembar segi empat. Lampu belakang yang digunakan ini ialah dari Persona kumpulan terakhir yang pernah dikeluarkan, sementara spoiler but dipinjam dari Gen2 CPS.
Memandangkan ini cuma imej rendering digital, aspek prestasi dan unit janaan kuasa kami biarkan untuk anda bayangkan sendiri. Mungkin unit asal dalam GTi, 4G93P 1.8 liter DOHC empat-silinder adalah pilihan yang terbaik? Kongsikan pandangan anda.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Sepatutnya ubah la rupa bentuk luaran & dalaman lebih ekstrim & sporty…lampu depan & belakang LED…sport rim 16″ dengan corak seperti Honda kelabu tayar lebar. Rekaan dalaman seperti speedo meter digital…dashbord lebih menarik…kusyen leather…stereng multi function…gear 6 kelajuan 5 kelajuan utk auto…baru gempak!!!
Saya cadangkan bahangian enjin adalah dari jenis dikuasakan turbo , contohnya 1.5L twin-scroll turbo yang mampu hasilkan kuasa sehingga 300bhp /350Nm.
Manakala gearbox adalah dari jenis “dual-cluth transmission” , semestinya boleh kawal penuh dengan menggunakan “paddle shift” dan “Automatic”.