AD: Porsche Cayenne Premium Package — temukan prestasi kereta sport dengan praktikaliti sebuah SUV

Inginkan sebuah kereta sport dengan keselesaan dan praktikaliti sebuah SUV? Tak perlu susah mencari, kerana Porsche Cayenne memiliki pakej yang cukup sempurna untuk tujuan itu. Kemampuannya menepati keperluan berkenaan dan mempertemukan prestasi atletik dengan apa saja kegunaan serta keperluan harian dengan keluasan yang memanfaatkan. Ringkasnya, inilah kereta sport untuk keluarga.

Dengan kebanjiran model-model SUV dalam pasaran, Cayenne berada pada tingkat penawarannya yang tersendiri malah lebih tinggi berbanding biasa, dengan penawaran dinamik pemanduan serta kemewahan.

Apa yang menarik, untuk melangkah ke dunia Porsche kini melibatkan penjimatan yang lumayan. Harga bagi Cayenne bermula dari RM665,000 dengan pengecualian SST hingga 31 Disember 2021, dan itu melibatkan Cayenne Premium Package, yang datang dengan kelengkapan pilihan bernilai RM83,665 tanpa sebarang kos.

AD: Porsche Cayenne Premium Package — temukan prestasi kereta sport dengan praktikaliti sebuah SUV

Premium Package ini turut menyertakan pilihan untuk kemewahan dan keselesaan sebagai standard, dan memberikan lebih nilai. Dari luaran, SUV ini dipertingkat dengan penggunaan rim 21-inci RS Spyder Design dan juga datang dengan lampu utama LED berserta Porsche Dynamic Light Systems (PDLS) yang memberikan pencahayaan optimum di jalan raya untuk memberikan penglihatan lebih jelas kepada pemandu.

Pakej berkenaan juga melibatkan penambahan suspensi udara dengan Porsche Active Suspension Management (PASM), yang menyediakan kendalian dinamik dan keselesaan sekaligus, dengan pilihan mudah melalui fungsi butang. Termasuk juga ciri Park Assist dengan Surround View, ciri bantuan pemanduan untuk menyenangkan kendalian di ruang sempit.

Selain dari itu, Premium Package ini juga sarat dengan ciri keselesaan lain seperti kawalan pendingin empat-zon, kerusi larasan elektrik 14-arah, yang membolehkan urusan keluar masuk lebih mudah dan menyenangkan. Sisi hiburan juga tidak dilupakan, dengan sistem Bose Surround Sound yang memberi pengalaman audio premium untuk sepanjang perjalanan.

Prestasi pula diraih melalui enjin 3.0 liter turbocas V6 petrol, yang menghasilkan 340 PS pada 5,300 hingga 6,400 rpm dan 450 Nm tork dari 1,340 hingga 5,300 rpm. Ini digandingkan bersama transmisi Tiptronic S lapan-kelajuan dan sistem pacuan semua roda aktif. Cayenne mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.2 saat dengan laju maksimum 245 km/j.

Sama seperti semua kenderaan Porsche yang dijual melalui pengimport rasmi Sime Darby Auto Performance, Cayenne Premium Package ini datang dengan jaminan empat tahun serta pakej penyelenggaraan dan servis percuma selama empat tahun. Untuk maklumat lanjut berkaitan Porsche Cayenne dengan Premium Package ini, sila layari laman web pengedar Porsche Centre atau tempah sesi pandu uji sebaik sahaja tempoh PKP kini tamat.