Audi Q2 facelift kini di Malaysia – 1.4T, 8AT, RM236,900

Audi Q2 facelift kini di Malaysia – 1.4T, 8AT, RM236,900

Audi Q2 facelift, yang didedahkan kepada dunia pertama kali September tahun lalu kini sudah tiba di Malaysia dengan harga jualan RM236,900 tidak termasuk insurans (import sepenuhnya). Model yang tiba di negara kita adalah versi 1.4 TFSI.

Di pasaran dunia, terdapat pilihan enjin 1.5L TFSI baru yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan atau S Tronic tujuh kelajuan, tetapi ia tidak dibawa ke Malaysia. Sebaliknya, kita mendapat versi yang masih menggunakan enjin 1.4L turbo seperti sebelum ini, tetapi dengan padanan transmisi Tiptronic lapan kelajuan baru. Kuasa yang mampu dihasilkan adalah 150 hp dan 250 Nm tork.

Model yang lebih kecil daripada Q3 ini juga datang dengan lampu utama Matrix LED dengan lampu penunjuk arah dinamik, DRL LED dengan pembersih lampu, lampu belakang LED, c-pillar sama warna dengan badan serta rim 17 inci lima cabang yang dibalut tayar 215/55.

Kelengkapan lain yang diberikan standard adalah termasuk Audi Drive Select, cruise control, stereng progresif, lampu dan pengelap cermin automatik, Comfort Key, pendingin hawa automatik, pintu but bukaan elektrik, balutan dalam kombinasi kulit dan bahan tiruan, lampu suasana, cermin pandang belakang malap sendiri, Audi Virtual Cockpit, Audi Smartphone Interface, sambungan bluetooth serta sistem bunyi 10 pembesar suara 180W.

Pilihan tambahan yang diberikan kepada pemilik juga ada banyak. Antaranya seperti tayar kecemasan berserta perkakasan berkaitan (RM1,769), Parking Aid Plus dengan kamera undur (RM9,767), Lane Departure Warning (RM4,247) dan rim 18 inci dengan tayar 215/50 (RM11,324).

Untuk bahagian kabin, terdapat pilihan tempat duduk sports (RM5,096), sistem bunyi premium Bang & Olufsen (RM7,573), pakej tempat meletak barangan (RM2,548) serta suspensi sport (RM3,114). Sekiranya anda mengambil semua pilihan yang ada, harga kenderaan boleh menjadi hampir RM300k.

GALERI: Audi Q2 facelift

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required