Ford Puma Rally1 Hybrid WRC 2022 – M-Sport ganti tugas Fiesta WRC, hasilkan kuasa lebih dari 500 hp!

Ford Puma Rally1 Hybrid WRC 2022 – M-Sport ganti tugas Fiesta WRC, hasilkan kuasa lebih dari 500 hp!

The M-Sport Ford World Rally Team (WRT) today revealed for the first time a prototype of the new Puma Rally1 rally car that will help usher in an exciting new era of electrified competition in the FIA World Rally Championship (WRC) from 2022.

Firma kejuruteraan dari UK yang menguruskan pasukan Rali Dunia Ford, M-Sport sebelum ini dilihat menguji Ford Fiesta dengan unit rangkaian kuasa hibrid seperti yang di syaratkan oleh undang-undang Rally1 yang bakal digunakan oleh FIA dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC) bermula musim 2022. Namun, ini satu perkara yang mengejutkan – M-Sport bakal menghentikan tugas Fiesta untuk kelas tertinggi WRC berkenaan tahun ini dan memperkenalkan jentera baru, Ford Puma Rally1 Hybrid WRC 2022!

Jentera dalam bentuk prototaip ini membuat penampilan awam pertamanya di Goodwood Festival of Speed yang berlangsung di UK minggu ini dan bakal dipandu pada laluan Hillclimb Goodwood oleh Adrien Fourmaux dan pemandu uji M-Sport, Matthew Wilson. M-Sport merupakan pasukan pertama di dunia yang secara rasmi memperkenalkan jentera dengan spesifikasi Rally1, di mana Toyota dan Hyundai sebelum ini hanya mendedahkan jentera mereka yang masih ditutup pelekat penyamaran tanpa perincian penuh.

Jentera Ford Puma WRC generasi baharu masih mengekalkan enjin 1.6 liter turbo seperti Fiesta sebelum ini. M-Sport tidak memberikan perincian lanjut berkenaannya. Namun menerusi perincian undang-undang yang telah diumumkan oleh FIA, pengeluar masih disyaratkan untuk menggunakan enjin 1.6 liter turbo bersama unit restrictor 36 mm sedia ada (menghasilkan sekitar sekitar 380 hp, nisbah berat kepada kuasa 3.1 hp/kg).

Ford Puma Rally1 Hybrid WRC 2022 – M-Sport ganti tugas Fiesta WRC, hasilkan kuasa lebih dari 500 hp!

The M-Sport Ford World Rally Team (WRT) today revealed for the first time a prototype of the new Puma Rally1 rally car that will help usher in an exciting new era of electrified competition in the FIA World Rally Championship (WRC) from 2022.

Apa yang berbeza, enjin berkenaan perlu digandingkan dengan motor elektrik serta bateri dan sistem pemulihan tenaga kinetik ketika membrek, yang bukan sahaja akan membekalkan kuasa tambahan ketika sedang berlumba dalam Special Stage (SS), malah membolehkan jentera-jentera berkenaan bergerak dalam jalan raya awam/kawasan bandar dari service park ke SS, atau dari SS ke SS dengan menggunakan kuasa elektrik 100% yang lebih senyap serta mesra alam.

Menurut M-Sport, motor elektrik yang dibekalkan pada Ford Puma Rally1 ini berupaya menghasilkan 100 kW (134 hp), memberikan kuasa tambahan sekitar 3 saat, dan bateri 3.9 kWj yang dibekalkan boleh di caj semula secara plug-in menerusi stesen pengecaj yang disediakan di service park setiap pusingan WRC nanti.

Bateri tersebut boleh dicaj penuh dalam masa 25 minit, dan ia diletakkan dalam perumah dengan kekuatan balistik bagi memastikan ia kekal selamat, serta diberikan sistem penyejukan cecair. Secara keseluruhan, sistem hibrid pada jentera baru ini ditimbang dengan berat 95 kg. Jika digandingkan dengan tenaga yang dihasilkan dari enjin konvensional, jentera WRC generasi baharu ini berupaya menghasilkan kuasa maksima lebih dari 500 hp pada masa terhad.

Menerusi video yang disiarkan oleh M-Sport, Ford Puma Rally1 berkenaan mampu untuk bergerak dengan senyap ketika enjin pembakaran dalaman dimatikan sepenuhnya. Namun ketika enjin tersebut dihidupkan untuk aksi sepenuh tenaga, ia masih menghasilkan bunyi yang sama dengan jentera WRCar 1.6L turbo sedia ada.

Ford Puma Rally1 Hybrid WRC 2022 – M-Sport ganti tugas Fiesta WRC, hasilkan kuasa lebih dari 500 hp!

The M-Sport Ford World Rally Team (WRT) today revealed for the first time a prototype of the new Puma Rally1 rally car that will help usher in an exciting new era of electrified competition in the FIA World Rally Championship (WRC) from 2022.

Menurut pengarah urusan M-Sport, Malcolm Wilson, era baru untuk jentera WRC ini merupakan titik perubahan paling besar dari segi penambahbaikkan teknologi dalam sejarah WRC sendiri.

“Pengenalan sistem hibrid bermaksud kereta-kereta bakal lebih berkuasa dari sebelum ini dalam masa yang sama turut membayangkan secara terus unit rangkaian kuasa pada model jalan rayanya,” kata Wilson.

“Perubahan kepada Puma (dari Fiesta) adalah sangat mengujakan kerana nama tersebut sudahpun mempunyai warisan sejarah dalam rali, kereta tersebut nampak menakjubkan dan saya tak sabar untuk melihat ia bermula di garis permulaan Monte Carlo Rally pada awal 2022.

“Saya dan seluruh warga M-Sport tak sabar untuk meneruskan kerjasama yang sangat berjaya dengan Ford bagi menghasilkan keputusan dan mengekalkan Ford di baris hadapan ketika era baharu dan sangat mengujukan ini,” tambahnya lagi.

Ford Puma Rally1 Hybrid WRC 2022 – M-Sport ganti tugas Fiesta WRC, hasilkan kuasa lebih dari 500 hp!

The M-Sport Ford World Rally Team (WRT) today revealed for the first time a prototype of the new Puma Rally1 rally car that will help usher in an exciting new era of electrified competition in the FIA World Rally Championship (WRC) from 2022.

Pengarah global Ford Performance, Mark Rushbrook pula berkata, Ford kini 100% komited dengan masa hadapan elektrifikasi. Jenama berkenaan mengumumkan pada awal tahun ini bahawa kesemua barisan modelnya di Eropah bakal dijana oleh tenaga elektrik menjelang 2030.

“Persaingan yang sengit menyebabkan banyak inovasi tercipta dan muncul pada kereta jalan raya kami hari ini. Ford Puma Rally1 M-Sport akan membawa kuasa hibrid kepada ujian paling getir, dan membuktikan bahawa teknologi tersebut mampu untuk memberikan prestasi yang mengujakan,” kata Rushbrook.

Selain dari sistem hibrid, bermula musim hadapan jentera-jentera WRC dalam kategori Rally1 akan menggunakan bahan api 100% bukan fosil yang diasaskan dari hidrokarbon yang dibekalkan oleh P1 Racing Fuels, yang menggabungkan elemen sintetik dan juga bio-terdegradasi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required