Audi Q5 facelift di bilik pameran Glenmarie, RM377k

Audi Q5 facelift kini telah pun tiba di Malaysia, selepas dua bulan ia diuar-uarkan di laman web Audi Malaysia. Hanya satu varian sahaja yang ditawarkan buat masa ini – Q5 S line 2.0 TFSI quattro dengan harga RM376,996 (termasuk pengecualian SST sehingga 31Disember 2021). Ini bermakna, harganya lebih RM37k berbanding model semasa Q5, dan model facelift ini adalah unit import sepenuhnya (CBU) dari Mexico.

Untuk pasaran Malaysia, Q5 S line 2.0 TFSI quattro yang dihadirkan dengan versi S line yang lebih sporty, dipadankan dengan enjin 2.0 liter TFSI empat-silinder yang sama dengan A5 Sportback facelift. Dengan unit mild-hybrid yang mampu memberikan kuasa 249 hp pada 5,000 hingga 6,000 rpm dan tork 370 Nm dari 1,600 hingga 4,500 rpm. Sama seperti sebelum ini, ia turut dipadankan dengan transmisi dwi-klac S tronic tujuh-kelajuan dan quattro AWD secara standard, membolehkan Q5 ini dipecut dari 0-100 km/j dalam 6.1 saat dan kelajuan tertinggi mampu dicapai sehingga 240 km/j.

Sistem MHEV 12-voltan pula terdiri daripada generator-penghidup pacuan tali sawat yang disambungkan kepada bateri lithium ion pada sistem 12-volt. Ini membantu untuk memulihkan semula tenaga ketika melayar dan membrek, serta membolehkan ciri Start/Stop berfungsi di bawah kelajuan 22 km/j. Kadar penggunaan minyak gabungan ialah 8 liter per 100 km (12.5 km/l). Ciri Audi drive select dengan peredam adaptif diberikan secara standard, namun pelanggan boleh menaiktaraf ke suspensi udara adaptif dengan kos RM10,269.

Klik untuk besarkan

Bagi spesifikasinya, model asas Q5 menerima lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang. LED, lampu belakang kombinasi LED, cermin sisi electrochromic dengan fungsi memori dan pemanas, kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin dan roda aloi lima-jejari berkembar tona perak bersaiz 19-inci.

Jika pelanggan mahukan rupa Q5 yang lebih menawan bolehlah menambah beberapa ciri dalam pakej yang ditawarkan. Pilihan yang diberikan termasuklah dua rekanan roda 20-inci (lebih RM18k untuk versi Audi Sport yang lebih bergaya), pakej Black Appearance (RM2.8k) dan lampu utama matrix LED dengan lampu belakang OLED (RM22.5k). Kalau hanya mahukan lampu belakangf OLED, ia ditawarkan dengan kos RM12,594.

Di dalamnya, SUV ini menerima roda stereng pelbagai fungsi balutan kulit tiga-jejari, tempat duduk sport kulit, Audi virtual cockpit plus (instrumen digital penuh 12.3-inci), MMI Navigation plus dengan MMI touch, Audi connect, kawalan suhu tiga-zon, 10-pembesar suara, sistem bunyi 180-watt dengan enam saluran amplifier. Ciri tambahan termasuk bumbung panoramik kaca (RM16k), paparan utama (RM10.3k), pakej pencahayaan ambien (RM1,475) dan sistem bunyi premium Bang & Olufsen dengan bunyi 3D (RM8,674).

Walau bagaimana pun, seperti kebanyakan model Audi yang dijual di Malaysia Q5 facelift ini juga tidak dilengkapi dengan banyak ciri keselamatan. Hanya menerima enam beg udara, ABS dengan EBD, sistem kawalan cengkaman,cagak tempat duduk kanak-kanak Isofix, kamera undur, tetapi tiada sistem bantuan pemandu termaju seperti di pasaran negara lain.

Hanya satu ciri naiktaraf yang ditawarkan ialah pakej Bantuan Parkir (RM3,920), yang memberikan kemudahan parkir selari dan tegak lurus secara automatik. Model ini juga masih tidak dilengkapi dengan Audi pre-sense, yang merangkumi kawalan kelajuan adaptif dengan bantuan stop-and-go, bantuan kekal lorong dan juga AEB hadapan dan belakang.

Namun, adakah model ini mampu memberikan persaingan sengit buat pencabar terdekatnya iaitu BMW X3 dan Mercedes-Benz GLC? Apa pun, nantikan galeri foto penuh Q5 facelift ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required