Porsche pilih CKD di Malaysia jadi bukti keyakinan terhadap ekosistem, tenaga kerja tempatan — Azmin

Porsche pilih CKD di Malaysia jadi bukti keyakinan terhadap ekosistem, tenaga kerja tempatan — Azmin

Keputusan Porsche memilih Malaysia sebagai lokasi kilang pengeluaran yang pertama di luar Eropah adalah manifestasi kepada keyakinan syarikat itu terhadap ekosistem kondusif di negara ini. Ini juga satu pengiktirafan terhadap kemampuan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi selaku jurutera dan juruteknik. Perkara ini disuarakan oleh menteri MITI, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Walaupun suasana ekonomi global yang mencabar ketika ini, Porsche percaya bahawa Malaysia merupakan lokasi ideal bagi mereka untuk pasaran ASEAN,” ujarnya, dan menambah keputusan strategik itu dilihat sebagai “komitmen jangka panjang syarikat tersebut untuk terus berada di rantau ASEAN.”

“Dengan reputasi Porsche sebagai pengeluar kereta berprestasi tinggi yang memerlukan teknologi paling canggih dan kejuruteraan tepat, usaha sama ini akan terus memacu penghasilan peluang pekerjaan berkualiti tinggi dan kemampuan teknologi khusus yang akan memperkukuhkan lagi Aspirasi Pelaburan Nasional kita,” jelasnya dalam sebuah kenyataan.

Porsche pilih CKD di Malaysia jadi bukti keyakinan terhadap ekosistem, tenaga kerja tempatan — Azmin

Bulan lalu, pengeluar model 911 itu mengumumkan akan membuka operasi CKD di Malaysia, akan jadi yang pertama di luar Jerman. Langkah itu disasarkan untuk mengukuhkan lagi kehadiran jenama itu dalam pasaran yang makin berkembang di rantau Asia Tenggara yang telah menyaksikan pertumbuhan menggalakkan buat syarikat itu.

Pemasangan tempatan akan dilakukan bersama rakan niaga lama Porsche iaitu Sime Darby, yang turut merupakan pengedar tmepatan kenderaan Porsche di sini melalui Sime Darby Auto Performance (SDAP).
Ketika ini, kilang Inokom milik Sime Darby Motors di Kulim, Kedah, memasang kenderaan BMW, Hyundai, Mazda dan MINI, dan mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 38,000 unit.

“Kami bernasib baik, disebabkan perancangan teliti, kilang sedia ada kami lebih daripada bersedia untuk memenuhi permintaan semasa dan global terhadap kereta yang dihasilkan. Bagaimanapun, kilang pemasangan baru di Malaysia memenuhi keperluan spesifik pasaran serantaunya, walaupun saiz dan kapasitinya sederhana, ia memberi isyarat kepada kesediaan kami untuk belajar dan menerapkan keperluan bagi keadaan pasaran tempatan,” jelas ahli lembaga eksekutif bagi pengeluaran dan logistik Porsche, Albrecht Reimold.

Porsche pilih CKD di Malaysia jadi bukti keyakinan terhadap ekosistem, tenaga kerja tempatan — Azmin

“Malaysia dan keseluruhan rantau ASEAN adalah potensi besar dan kami teruja dengan pengeluaran model pertama dari kilang di Malaysia ini untuk dipasarkan tahun hadapan. Porsche sedang bergerak ke era baru mobiliti, dan Malaysia serta ASEAN menjadi pasaran yang penting untuk itu. Langkah ini adalah usaha jangka pajang untuk kekal bersama keperluan pelanggan dan pasaran yang semakin berkembang,” jelas ahli lembaga eksekutif bagi jualan dan pemasaran Porsche, Detlev von Platen.

Pengumuman tersebut tidak memberi petunjuk kepada model Porsche CKD yang mana, melainkan menyatakan “kenderaan tersebut secara spesifik akan menepati keperluan tempatan dan akan ditawarkan untuk Malaysia sahaja,” dengan operasi dijangka bermula tahun depan. Mungkin ramai yang membayangkan kereta sport Porcsche yang lebih murah harganya, seperti model 911 dan 718 Cayman dan Boxter, tetapi model paling larisnya di sini adalah Macan dan Cayenne. Mungkin SUV yang akan jadi model CKD terlebih dahulu. Atau, adakan Taycan EV?

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required