Honda M’sia lancar kempen ‘I’m Vaccinated’ – hanya staf lengkap vaksinasi di bilik pameran, 100% pada Okt

Honda Malaysia (HM) telah mengumumkan kempen “I’m Vaccinated” untuk memberikan keyakinan dan keselamatan tambahan kepada pelanggan dan staf pengedar di bilik pameran Honda di seluruh negara.

Honda dan wakil pengedarnya komitet untuk memastikan semua staffnya menerima vaksinasi masing-masing. Sehingga ke tarikh ini, sebanyak 80% daripada wakil pengedar telah pun lengkap divaksin, dan hanya yang lengkap divaksin sahaja dibenarkan bertugas di bilik pameran. HM mensasarkan 100% vaksinasi lengkap di kalangan wakil pengedarnya menjelang Oktober ini.

“Kami bersyukur kerapa pengeluaran kereta kami telah kembali beroperasi dan wakil pengedar Honda dapat meneruskan jualan dan perkhidmatan selepas jualan. Walau bagaimana pun, kami tidak akan memandang ringan SOP dan akan terus mematuhi semua langkah pencegahan yang telah pun diamalkan sejak Covid-19 muncul di Malaysia, “kata Madoka Chujo, pengarah urusan dan CEO HM.

Di bawah kempen “I’m Vaccinated”, yang bermula bulan ini, semua staf wakil pengedar yang lengkap divaksninasi akan diberikan lencana dan pelitup mula dengan rekaan khas yang berlogokan “I Am Fully Vaccinated”.

“Kami yakin dengan inisiatif ini dapat membantu meningkatkan keyakinan para pelanggan ketika berinteraksi dengan wakil pengedar Honda dengan menunjukkan bahawa kami telah bersedia untuk bertemu dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dalam persekitaran yang selamat. Kami juga berharap dapat menggalakkan lebih ramai orang untuk mendapatkan vaksinasi, serta terus sentiasa mematuhi semua SOP,” tambah Chujo lagi.

Syarikat tersebut turut berkata pihaknya akan terus memastikan sanitasi dan disinfesi dilakukan secara rutin dan kerap di semua premis pengedarnya.

Kini produksi dan aktiviti jualan juga telah kembali beroperasi selepas ia terpaksa ditutup akibat lockdown penuh, Honda juga telah melancarkan “Program Kakitangan Kerajaan” untuk kakitangan sektor awam dan GLC (serta pasangan masing-masing). Dibuka untuk pembelian Jazz hatchback dan BR-V tujuh-tempat duduk, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga RM1,000 selain promosi bulanan Honda. Tawaran ini telah bermula sekarang sehingga 31 Oktober, dan kakitangan yang berkelayakan perlulah mengemukakan salinan surat majikan dan kad ID kakitangan untuk pengesahan.

Berkenana dengan promosi bulanan, HM turut memperkenalkan kempen “September Special Benefits” dengan menawarkan diskaun sehingga RM6,000 selain pengecualian cukai jualan (SST) yang berakhir 31 Disember ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required