Bermaz catat kenaikan untung 11% bagi Q1 walaupun pendapatan menurun — kurangkan kerugian Mazda

Bermaz catat kenaikan untung 11% bagi Q1 walaupun pendapatan menurun — kurangkan kerugian Mazda

Pengedar kenderaan Mazda, Peugeot dan Kia di Malaysia, Bermaz Auto telah umumkan keuntungan lebih tinggi bagi suku pertama (berakhir 31 Julai) bagi tahun kewangan 2022. Ini mampu dicapai walaupun pendapatan lebih rendah akibat PKP terbaru tahun ini, yang menyebabkan semua bilik pameran terpaksa ditutup bagi tempoh dua bulan.

Berdasarkan memfailan yang dilakukan dengan Bursa Malaysia, syarikat itu mencatatkan pendapatan RM320.79 juta berbanding RM448.89 juta bagi tempoh sama tahun lalu, melibatkan pengurangan sebanyak 28.5%. Bagaimanapun, keuntungannya naik sebanyak 11% daripada RM9.25 juta kepada RM10.27 juta.

Bermaz menyifatkan prestasi kewangan yang bertambah baik dalam mengurangkan kerugian oleh anak syarikatnya Mazda Malaysia, yang membawa masuk kit CKD dari Jepun untuk dipasang di sini. Syarikat itu juga menyifatkan pengurangan jualan pada Jun dan Julai (sepanjang tempoh PKP) adalah lebih rendah berbanding tahun lalu, yang menyaksikan jualan mereka rendah bagi tempoh suku tahunan yang sama.

Bermaz catat kenaikan untung 11% bagi Q1 walaupun pendapatan menurun — kurangkan kerugian Mazda

Operasi domestik juga menyumbang kepada pertambahan keuntungan walaupun jualan merosot, disebabkan oleh langkah penjimatan yang diambil. Bermaz memaklumkan jangkaan untuk tempoh berikutnya bagi tahun kewangan yang berbaki kekal tidak menentu walaupun perniagaan kini dibenarkan beroperasi semula untuk pelanggan yang sudah divaksin, dan ini bergantung kepada kemampuan Malaysia untuk mengekang virus berkenaan serta program vaksinasi yang masih berlangsung.

Di Filipina, negara di mana kumpulan syarikat ini turut menjual kenderaan Mazda, kelonggoran perintah berkurung sejak Jun telah menyaksikan jualan kembali meningkat. Bagaimanapun, di beberapa kawasan, seperti Metro Manila, telah kembali semula dalam perintah kawalan pergerakan bulan lalu akibat jumlah kes varian Delta yang kembali meningkat. Menurut Bermaz, ini akan memberi kesan kepada prestasi baki tahun ini.

Selain itu, Bermaz juga membeli 35% kepentingan dalam syarikat pengedar Peugeot Berjaya Auto Alliance (BAASB) daripada Berjaya, yang menarik diri daripada usaha sama tersebut. Ini telah menjadikan pegangan syarikat itu dalam syarikat yang dikenali sebagai Bermaz Auto Alliance itu sebanyak 55%.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required