Audi R8 V10 performance RWD diperkenal – enjin V10 5.2L kini mampu hasilkan 570 PS dan 550 Nm tork

Audi R8 V10 performance RWD diperkenal – enjin V10 5.2L kini mampu hasilkan 570 PS dan 550 Nm tork

Hampir dua tahun lalu, Audi telah menjadkan R8 V10 RWD sebagai tambahan kekal dalam barisan model mereka. Kini, pengeluar dari Jerman itu memperkenalkan pula versi lebih berkuasa, dipanggil sebagai R8 V10 performance RWD.

Model baru ini menggantikan RWD sebelum ini, dan masih akan ditawarkan dalam dua bentuk badan iaitu coupe dan convertible (Spyder). Dengan pengenalannya, kesemua barisan model R8 sekarang terdiri daripada model “performance”, kerana R8 V10 quattro telah dihentikan pengeluarannya.

R8 V10 performance RWD masih mengekalkan enjin V10 NA 5.2 liter dari Lamborghini, tetapi sekarang ia mampu menghasilkan 570 PS (562 hp) dan 550 Nm tork. Jumlah ini bersamaan peningkatan 30 PS (30 hp) dan 10 Nm berbanding sebelum ini, dan menyamai jumlah yang dihasilkan oleh R8 V10 quattro. R8 V10 performance quattro pula lebih berkuasa dengan 620 PS (612 hp) dan 580 Nm.

Audi R8 V10 performance RWD diperkenal – enjin V10 5.2L kini mampu hasilkan 570 PS dan 550 Nm tork

Kuasa ini dihantar ke roda belakang melalui transmisi klac berkembar S Tronic tujuh kelajuan serta limited-slip differential mekanikal, sekaligus membolehkan versi coupe memecut 0-100 km/j dalam masa 3.7 saat (3.8 saat bagi Spyder) dan mencecah kelajuan maksimum 329 km/j (327 km/j bagi Spyder). Versi Spyder adalah sedikit lambat kerana ia lebih berat, dengan catatan 1,695 kg, berbanding 1,590 kg bagi coupe.

Untuk tetapan pacuan dua roda belakang ini, Audi telah membuat talaan semula kepada suspensi double wishbone serta dinamik pemanduan kereta ini. Sekarang, pemandu boleh melakukan “drift terkawal” apabila sistem ESC dimasukkan ke dalam mod Sport.

Satu tambahan baru pada model ini adalah sistem stereng Dynamic (pilihan tambahan) untuk memberikan “maklum balas lebih tepat” apabila mengambil selekoh serta pengendalian kelajuan rendah. Pilihan lain berkaitan prestasi pemanduan adalah seperti tayar Cup berukuran 245/39 di hadapan dan 305/30 di belakang, serta sistem brek cakera seramik 19 inci.

Audi R8 V10 performance RWD diperkenal – enjin V10 5.2L kini mampu hasilkan 570 PS dan 550 Nm tork

Model RWD ini mendapatkan kemasan hitam matte pada bahagian gril, splitter hadapan, diffuser belakang serta muncung ekzos bulat, sementara warna badan pula disediakan dalam 10 pilihan warna. Pakej Edition yang dijual berasingan pula memberikan rim 20 inci, angkup brek warna merah, lencana hitam serta kemasan gentian karbon di tepi.

Masuk ke dalam, terdapat panel instrumen digital 12.3 inci, roda stereng pelbagai fungsi yang dibalut kulit serta pilihan tempat duduk bucket atau sports yang dibalut kombinasi kulit dan Alcantara. Pakej “R8 performance” yang dijual sebagai pilihan tambahan menyediakan balutan Alcantara dengan jahitan biru, serta kemasan gentian karbon di beberapa bahagian.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required