Kadar vaksinasi populasi dewasa capai 89.1%, rentas negeri dbenarkan dalam beberapa hari sahaja lagi?

Kadar vaksinasi populasi dewasa capai 89.1%, rentas negeri dbenarkan dalam beberapa hari sahaja lagi?

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memberitahu bahawa sehingga tengah malam semalam, 7 Oktober 2021, kadar vaksinasi populasi dewasa sudahpun mencapai 89.1%. Ini menunjukkan bahawa kebenaran untuk pergerakan rentas negeri semakin hampir kerana sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan ia akan dibenarkan apabila kadar berkenaan mencapai 90%.

Pengumuman tersebut dibuat pada 22 September lalu, selepas berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik, yang turut mengambilkira data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM). Malah dalam ciapan Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam, beliau turut membayangkan bahawa pergerakan rentas negeri bakal dibenarkan tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, beliau turut memberi peringatan supaya semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 selepas larangan bagi merentas negeri berkenaan ditarik balik.

“Adalah penting untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan dan penjarakkan fizikal meskipun mereka telah divaksinasi.

“Lakukan ujian kendiri air liur RTK secara berkala bagi menjaga keselamatan orang tersayang dan keluarga,” tulisnya dalam ciapan berkenaan.

Kadar vaksinasi populasi dewasa capai 89.1%, rentas negeri dbenarkan dalam beberapa hari sahaja lagi?

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata SOP sedia ada yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara sebelum ini akan terus diguna pakai sebaik sahaja pergerakan rentas negeri dibenarkan tidak lama lagi. Beliau turut menjelaskan bahawa SOP berkenaan akan turut terpakai untuk mengawal pergerakan mereka yang enggan menerima suntikan vaksinasi dengan mengawal kebebasan yang mereka ada untuk melakukan pelbagai aktiviti biarpun mereka merentas negeri.

“Walaupun kita akan kata bahawa hanya mereka yang lengkap divaksinasi sahaja yang boleh merentas negeri, tidak ada cara untuk kita mengawal pergerakan mereka yang belum divaksinasi. Kita juga tidak lagi akan mengadakan sekatan jalan raya. Tetapi kalau mereka balik atau merentas negeri dan cuba makan di restoran, mereka tidak akan diberi kebebasan sedemikian,” kata beliau dalam sidang media Menteri Kesihatan yang diadakan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Khairy juga menjelaskan yang pihak kerajaan tidak ada cara untuk melakukan pemeriksaan terhadap setiap orang yang merentas negeri untuk mengenal pasti sama ada mereka divaksinasi atau tidak kerana ia akan lebih menyukarkan pergerakan orang ramai dan keadaan.

“Kita telah kaji rancangan tersebut, tetapi tidak ada cara untuk kita menguatkuasakannya. Takkan kita hendak adakan sekatan jalan raya (SJR) dan periksa setiap orang yang keluar dan kalau dia tak divaksinasi kita minta dia buat ujian saringan di lokasi. Rakyat pastinya akan lebih marah kalau berlaku kesesakan jalan disebabkan itu. Mereka dah tunggu nak balik kampung, tiba-tiba ada sekatan jalan raya untuk periksa setiap orang,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required