Sebastien Ogier sah ‘separa bersara’ dari WRC musim depan, masih bersama Toyota untuk pusingan terpilih

Sebastien Ogier sah ‘separa bersara’ dari WRC musim depan, masih bersama Toyota untuk pusingan terpilih

Juara Kejohanan Rali Dunia (WRC) tujuh kali, Sebastien Ogier memperbaharui kontraknya untuk berlumba dengan pasukan rali dunia Toyota Gazoo Racing (TGR WRT) bagi perlumbaan musim hadapan, namun hanya untuk beberapa pusingan terpilih. Keputusan itu diambil setelah beliau memutuskan untuk ‘separa bersara’ dari dunia rali selepas habis perlumbaan musim ini.

Jadi untuk musim 2022, Ogier hanya akan membantu Toyota bagi mendapatkan mata untuk mengejar gelaran juara dunia kategori pengeluar, dan dia akan berkongsi kereta ketiga pasukan berkenaan dengan pemandu Finland, Esapekka Lappi yang kembali semula ke pasukan utama Toyota dalam WRC tersebut.

Walau bagaimanapun, juru arah yang membantu Ogier dalam setiap kejayaan yang dikecapi, Julien Ingrassia tidak akan meneruskan tugasnya untuk musim 2022 nanti. Sebaliknya tugas tersebut bakal diambil alih oleh Benjamin Veillas, yang sudah pun bekerjasama dengan Ogier dalam beberapa tahun kebelakangan ini dalam pelbagai sesi ujian.

“Saya tak sabar untuk mempunyai lebih masa dengan keluarga saya selepas tahun ini, tetapi dalam masa yang sama saya sangat gembira untuk terus bersama Toyota Gazoo Racing dan diberikan peluang untuk bersaing dalam beberapa rali tahun hadapan,” kata Ogier.

Sebastien Ogier sah ‘separa bersara’ dari WRC musim depan, masih bersama Toyota untuk pusingan terpilih

“Saya berterima kasih kepada pasukan kerana memberikan saya peluang ini untuk terus melakukan separa perkara asas yang sangat saya gemari. Jadual acara masih belum jelas, tetapi saya akan buat sehabis baik untuk membantu pasukan dalam kejuaraan pengeluar dan membangunkan kereta. Saya teruja untuk melihat apa yang kereta generasi baharu tersebut boleh bawa kepada sukan ini dan saya tahu pasukan mencurahkan banyak usaha terhadapnya,” tambah Ogier lagi.

Bagi musim ini, Ogier masih mendahului carta pungutan mata dengan kelebihan 24 mata, dengan perlumbaan berbaki lagi dua pusingan. Dia kini dilihat sedang bersaing sengit dengan rakan sepasukan, Elfyn Evans yang berpotensi untuk menghampakan impian Ogier bagi mencapai gelaran juara dunia buat kali ke lapan.

Tahun hadapan, FIA akan mula menggunakan undang-undang Rally1 bagi menggantikan undang-undang WRCar sedia ada yang telah digunakan sejak 1997. Menerusi regulasi baharu ini, jentera-jentera spesifikasi Rally1 dihasilkan dengan kerangka tubular yang lebih selamat untuk pemandu, serta diberikan unit rangkaian kuasa hibrid petrol-elektrik.

Ia masih mengekalkan penggunaan enjin petrol 1.6 liter turbo dengan unit restrictor berdiamater 36 mm (menghasilkan sekitar sekitar 380 hp, nisbah berat kepada kuasa 3.1 hp/kg), tetapi kali ini turut disertakan dengan motor elektrik serta bateri dan sistem pemulihan tenaga kinetik.

Setiap pasukan perlu menggunakan sistem elektrifikasi yang sama terdiri dari bateri 3.9 kWj dan motor elektrik yang berupaya menghasilkan 100 kW (134 hp). Sistem ini bukan sahaja membolehkan kereta rali berkenaan bergerak dalam jalan raya awam/kawasan bandar dari service park ke SS, atau dari SS ke SS dengan menggunakan kuasa elektrik 100% yang lebih senyap serta mesra alam, malah ia juga turut memberikan kuasa tambahan sekitar 3 saat, membolehkan jentera Rally1 memecut dengan kuasa keseluruhan lebih dari 500 hp.

Pasukan Toyota Gazoo Racing akan terus menggunakan khidmat Elfyn Evans dan pemandu muda Finland Kalle Rovanpera bagi mengendalikan dua jentera utama GR Yaris Rally1 serta mengejar kejuaraan pemandu, di mana kedua-duanya telah pun sah menandatangani kontrak bagi dua musim lagi.

Strategi yang sama sebenarnya telah lama digunakan oleh pasukan rali dunia Hyundai Motorsport, di mana tahun depan mereka akan terus diwakili oleh dua pemandu utama iaitu Theirry Neuville dan juara WRC 2019, Ott Tanak. Kereta ketiga Hyundai i20 Rally1 akan dikongsi oleh Dani Sordo dan anak kepada bekas juara WRC 2003 Petter Solberg iaitu Oliver Solberg.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required