Malaysia mungkin perkenalkan semula GST, menurut PM — apa kesannya terhadap harga kenderaan?

Malaysia mungkin perkenalkan semula GST, menurut PM — apa kesannya terhadap harga kenderaan?

Malaysia mungkin akan memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk meraih dan memperluas hasil pendapatan negara serta untuk menampung subsidi awam. Langkah untuk memperkenalkan semula GST, yang menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada April 2015 sebelum kemudiannya berpatah balik kepada SST pada September 2018 di bawah pemerintahan Pakatan Harapan, sudah kedengaran sebelum ini, dan kini menjadi lebih ketara.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan Nikkei, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata negara ini sedang mempertimbangkannya. Beliau berkata kerajaan sedar tentang tanggapan negatif berkaitan GST, namun memaklumkan yang negara ini tidak ada banyak pilihan untuk menambah pendapatannya.

“Kami kehilangan RM20 bilion pendapatan tahunan ketika memansuhkan GST dan menggantikannya semula dengan SST yang dulu. Tiada negara dalam dunia yang kembali semula ke SST selepas pelaksanaan GST, selain Malaysia,” ujarnya kepada Nikkei.

Mac lalu, kementerian kewangan dilaporkan sedang mempertimbang pelaksanaan semula GST sebagai reformasi meraih pendapatan utama untuk memperkukuh kapasiti pendapatan negara. Bank Negara baru-baru ini menyokong idea untuk melaksanakan semula GST, mengatakan bahawa itu akan meringankan beban kewangan kerajaan.

Malaysia mungkin perkenalkan semula GST, menurut PM — apa kesannya terhadap harga kenderaan?

Cukai 6% itu terbukti tidak popular, dengan orang awam mengaitkannya sebagai sebab meningkatnya kos sara hidup. Ujar Ismail, kali ini kerajaan melihat kepada kadar GST yang tidak terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat, tetapi juga tidak terlalu rendah sehingga ia tidak menepati tujuan untuk pertambahan hasil negara.

Katanya, kerajaan akan mencari jalan untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan GST dan telus dalam pengumpulan cukai berkenaan. “Jika kami akan memperkenalkan semula GST, kami perlu mendidik orang untuk menerimanya terlebih dahulu,” jelasnya.

Dari sudut automotif, sebelum ini dicadangkan bahawa dengan pengenalan semula GST, harga kenderaan akan menjadi lebih rendah antara satu hingga enam persen sekiranya ia mengantikan SST, yang ketika ini dikenakan pada kadar 10%. Menurut Persatuan Automotif Malaysia, pelaksanaan GST pada 2015 terbukti telah menurunkan harga kenderaan hampir sebanyak 6%.

Malaysia mungkin perkenalkan semula GST, menurut PM — apa kesannya terhadap harga kenderaan?

Bagaimanapun, seperti yang kami laporkan tahun lalu, topik pelarasan harga kenderaan berkaitan cukai baru adalah jauh lebih daripada itu berbanding pemerhatian lain. Secara umumnya memang harga kenderaan menurun sedikit selepas pelaksanaan GST pada 2015, tetapi terdapat juga kenaikan. Dan, ketika SST diperkenalkan semula pada 2018, kita turut melihat penurunan harga melibatkan sebahagian besar model kenderaan.

GST merupakan cukai tambah-nilai yang mana cukai dibayar dalam semua peringkat transaksi perniagaan, berbanding SST yang merupakan cukai sekali sahaja, yang dibayar oleh pengilang/pengimport. Walaupun begitu, jumlah keseluruhan cukai yang dibayar di bawah GST adalah lebih rendah disebabkan input mekanisme tuntutan semula cukainya. Ringkasnya, jumlah akhir GST ditanggung oleh pengguna berbanding SST yang ditanggung oleh pengilang/pengimport.

Apapun, jika GST diperkenalkan semula nanti, dengan SST ketika ini tidak dikenakan kepada kenderaan baru, pelaksanaan GST tentulah bakal menyaksikan peningkatan harga kenderaan, walaupun mungkin tidak setinggi sebelum pengecualian SST diberikan dahulu. Untuk itu, kita mungkin bakal menyaksikan lanjutan pengecualian SST sekali lagi, yang bakal berakhir 30 Jun ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required