VIDEO: Pemandu Mercedes-Benz W124 buli pengguna lebuhraya selepas salah guna lorong SmartTag

VIDEO: Pemandu Mercedes-Benz W124 buli pengguna lebuhraya selepas salah guna lorong SmartTag

Walaupun sudah banyak kes pembuli jalan raya sudah dirakam melalui banyak kamera dashcam milik orang awam dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa, kes-kes yang sama nampaknya terus berlaku dan tidak memberikan pengajaran kepada sebahagian pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab.

Ini satu lagi kejadian tipikal membabitkan pembuli jalan raya yang dirakam dan dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Rawaida Alyani Zahid di FB Group DashCam Owner Malaysia. Menurut perakam video berkenaan, insiden ini bermula apabila Mercedes-Benz W124 berwarna biru dalam video tersebut dilihat menyalah guna lorong SmartTag pada satu plaza tol.

Berdasarkan tanda-tanda jalan, kejadian ini berlaku di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS). Tarikh dan masa pada video tersebut pula menunjukkan ia berlaku semalam, pada jam sekitar pukul 6 petang.

Pemandu Mercedes-Benz tersebut didakwa oleh perakam video ini masuk ke lorong SmartTag dengan sengaja walaupun tidak mempunyai peranti SmartTag kerana tidak mahu beratur di lorong Touch N’Go biasa. Setelah beberapa kali tidak berjaya membuka palang tol dengan hanya menggunakan kad Touch N’Go, seorang petugas tol datang membantunya bagi membuka palang berkenaan.

Kenderaan perakam kemudiannya memotong Mercedes-Benz tersebut selepas masuk ke lebuhraya. Namun mungkin ada sesuatu yang perakam lakukan ketika Benz berkenaan tersekat di palang plaza tol, pemandunya mula melakukan provokasi dengan memotong kenderaan perakam dan kemudian membrek di hadapannya, di lorong paling kanan lebuhraya tersebut.

Kedua-duanya menuju ke arah yang sama iaitu keluar ke susur Persimpangan Semenyih, dan Mercedes-Benz berkenaan masih membuat provokasi yang sama. Ketika membrek buat kali keempat, juga di lorong paling kanan, Mercedes-Benz berkenaan berhenti terus buat beberapa ketika.

Kemudian apabila kedua-dua kenderaan ini hampir sampai ke satu lagi plaza tol, Mercedes berkenaan sekali lagi berhenti di hadapan kenderaan perakam, kali ini secara menyilang dan pemandunya membuka pintu seolah-olah mahu turun untuk memberi amaran lebih keras. Namun dia kemudian meneruskan perjalanan, dan kali ini sekali lagi menyalahgunakan lorong SmartTag.

Apa yang dilakukan oleh pemandu Mercedes-Benz berkenaan jelas bukan sahaja membahayakan nyawanya dan pemilik kenderaan perakam, ia juga mungkin boleh menyebabkan kecederaan atau lebih terus kemalangan jiwa sekiranya ada rempuhan berlaku ketika berhenti di lorong paling laju lebuhraya tersebut.

Looking to sell your car? Sell it with Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required