Bajet 2023: Pengecualian cukai EV CBU dilanjutkan, fi AP EV untuk pengimport persendirian dikecualikan

Bajet 2023: Pengecualian cukai EV CBU dilanjutkan, fi AP EV untuk pengimport persendirian dikecualikan

Dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen sebentar tadi, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan bahawa insentif pengecualian cukai dan duti eksais bagi kenderaan elektrik penuh (EV) yang diimport sepenuhnya (CBU) akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2024.

Jadi insentif ini akan dipanjangkan dengan tambahan tempoh satu tahun kerana mengikut rancangan asalnya yang disebut pada Bajet 2022, ia hanya akan diberi sehingga 31 Disember 2023. Namun untuk insentif pengecualian cukai dan duti eksais bagi model-model EV pemasangan tempatan (CBU) adalah kekal hanya sehingga 31 Disember 2025.

Dengan pengumuman baharu ini, pengeluar-pengeluar automotif dijangka akan memperkenalkan lebih banyak model EV yang diimport sepenuhnya ke pasaran tempatan kerana ia boleh dijual dengan harga lebih rendah, seterusnya dapat merancakkan dan mempecepatkan adaptasi peralihan teknologi tersebut ke dalam negara.

Bajet 2023: Pengecualian cukai EV CBU dilanjutkan, fi AP EV untuk pengimport persendirian dikecualikan

Selain itu, pengimport-pengimport persendirian juga akan dikecualikan dari bayaran fi approved permit (AP) untuk membawa model-model EV dari luar negara ke pasaran tempatan. Ini akan membolehkan pengimport-pengimport berkenaan menjual model-model EV dengan harga lebih rendah. Insentif pengecualian fi AP ini akan diberikan hanya untuk setahun, bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember 2023.

Apa yang diumumkan oleh Tengku Zafrul ini adalah seiring dengan apa yang disebut oleh Setiausaha Agung Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Lokman Hakim Ali pada bulan lalu, mendedahkan bahawa kementeriannya mencadangkan lebih banyak insentif EV untuk dimasukkan dalam Bajet 2023.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA), yang mewakili syarikat kereta di dalam negara baru-baru ini juga telah memohon agar insentif pengecualian cukai dan duti eksais diteruskan, tetapi persatuan berkenaan mahukan insentif tersebut diteruskan sehingga 10 tahun.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • MOHD NAZRI NOOR BIN MD SAAD on Oct 13, 2022 at 10:45 am

    “Apa yang diumumkan oleh Tengku Zafrul ini adalah seiring dengan apa yang disebut oleh Setiausaha Agung Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Lokman Hakim Ali pada bulan lalu, mendedahkan bahawa kementeriannya mencadangkan lebih banyak insentif EV untuk dimasukkan dalam Bajet 2023.”

    Sebenarnya, jawatan Dato’ Lokaman Hakim Ali adalah Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan bukan sebagaimana dinyatakan dalam release.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required