Honda Wave 125i baharu di Thailand – dari RM6.6k

Honda Wave 125i baharu di Thailand – dari RM6.6k

Minggu lalu Honda telah memperkenalkan beberapa model baru di Thailand, termasuk Forza 350, CRF300L Enduro Pro Edition dan Wave 125i baharu. Bagi Wave 125i, kami hanya menggunakan gambar daripada tangkap layar siaran langsung di media sosial untuk berita pelancarannya, memandangkan laman web Honda Thailand masih belum dikemas kini.

Sekarang, gambar itu sudah ada, dan ada juga boleh melihat bagaimana Wave 125i baru ini mengalami perubahan berbanding Wave 125i sebelumnya, dengan lebih jelas. Model ini masih lagi ditawarkan dalam dua versi, iaitu yang menggunakan rim spoked serta penghidup enjin jenis tendang sahaja, serta satu lagi versi datang dengan rim sport serta pemula enjin elektrik.

Untuk bahagian luaran, motosikal ini mendapat lampu belakang baru, yang menggunakan cermin putih, sementara di dalamnya barulah terdapat bahagian LED yang berwarna merah di tengah dan mentol kuning dengan pemantul cahaya di kedua-dua sisi untuk penunjuk arah.

Kemudiannya untuk memaparkan operasi motosikal, terdapat panel meter baru yang menggunakan kombinasi petunjuk analog untuk kelajuan, serta panel LCD di bawahnya untuk kedudukan gear, tahap bahan api dan catatan jarak perjalanan. Di bahagian atas meter terdapat lampu amaran dan petunjuk operasi lain.

Satu lagi penambah baikan yang dilakukan pada Wave 125i baru adalah tempat meletak barangan kecil di bahagian bawah pemegang, yang kelihatan seperti mampu memuatkan botol air atau barangan kecil lain. Seperti biasa, Wave 125i ini ditawarkan dalam versi asas yang menggunakan rim spoked dan penghidup enjin jenis tendang, sementara satu lagi versi datang dengan rim sport serta pemula enjin elektrik.

Jika melihat kepada laporan media di sana, enjin satu silinder SOHC suntikan bahan api PGM-FI 124.89 cc pada Wave 125i ini turut menerima sedikit perubahan yang dapat menjadikannya lebih senyap serta jimat bahan api. Suspensi pula dikatakan telah dilaras semula.

Perincian lain Wave 125i masih sama seperti sebelum ini, termasuk ruang bawah tempat duduk 17 liter yang boleh menempatkan sebuah helmet, tangki bahan api 5.4 liter, lampu hadapan LED, brek cakera di hadapan dan brek dram di belakang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required