Volvo EX90 2023 didedahkan — SUV 7-seater dengan 517 PS/910 Nm; bateri 111 kWh, jarak hingga 600 km

Volvo EX90 2023 didedahkan — SUV 7-<em>seater</em> dengan 517 PS/910 Nm; bateri 111 kWh, jarak hingga 600 km

Volvo akhirnya mendedahkan EX90, yang merupakan model elektrik sepenuhnya bagi XC90 (dan mungkin juga penggantinya nanti). EX90 menandakan era baru bagi syarikat itu kerana sedang berusaha untuk mencapai matlamatnya menjual hanya kereta elektrik menjelang 2030. “Bermula dengan EX90, kami akan memperkenalkan satu model EV setiap tahun,” jelas satu kenyataan rasmi syarikat itu.

SUV flagship baru Volvo ini berukuran 5,037 mm panjang, 1,964 mm lebar, 1,747 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,985 mm. Ini menjadikannya lebih panjang dan lebar berbanding XC90 yang mempunyai 4,950 mm panjang dan 1,923 mm lebar: walaupun EX90 lebih rendah (-29 mm) dengan jarak antara roda hanya 1 mm lebih panjang.

EX90 membawa rekabentuk umum yang mirip dengan XC90. Tampil lebih ringkas, wajah depannya tertumpu pada rekaan bampar yang lebih kelihatan, yang disekalikan dengan bahagian gril. Lampu utama LED rekaan khusus Thor’s Hammer turut datang dengan DRL khas juga, yang disepadankan dengan garis bonet yang di dalamnya termuat ruang kosong berkapasiti 37 liter.

Volvo EX90 2023 didedahkan — SUV 7-<em>seater</em> dengan 517 PS/910 Nm; bateri 111 kWh, jarak hingga 600 km

Bahagian sisinya juga nampak ringkas dan bersih, dengan hanya satu elemen kelihatan iaitu pemegang pintu yang sebenarnya juga tersembunyi, dan tak lupa garis lengkuk tayarnya. Bahagian belakang pula seperti mengambil inspirasi dari model Polestar 2, dengan rekaan lampu bentuk C, kemudian dengan iras dari XC90 pada bahagian lampu menegak.

Ruang dalaman EX90 sangan minimal: papan pemuka menampilkan corong pendingin yang lebar dan hampir tanpa butang kawalan konvensional. Tarikan utama ialah skrin sentuh 14.5-inci menegak dengan perisian Android Automotive OS, maka ada banyak perkhidmatan Google yang tersedia, termasuk ciri Apple CarPlay tanpa wayar.

Sistem infotainmen dengan sokongan-5G itu digandingkan dengan sistem bunyi Bowers & Wilkins 25-pembesar suara dengan rujukan kualiti bunyi Dolby Atmos (EX90 model pertama yang menerima ciri ini). Kemasan dalaman Volvo yang berasaskan material mesra alam digunakan untuk menghiasi ruang berkenaan.

Volvo EX90 2023 didedahkan — SUV 7-<em>seater</em> dengan 517 PS/910 Nm; bateri 111 kWh, jarak hingga 600 km

Ada juga head-up display dan kluster instrumen digital skrin lebar, dengan roda stereng dilengkapi butang yang sensitif terhadap sentuhan yang hanya bercahaya bila kenderaan dihidupkan. Tombol gear yang ada juga lebih kecil, menjadikan konsol tengahnya boleh bertindak sebagai perehat lengan, ruang cawan bertutup dan tombol kawalan media.

Untuk sistem janaan kuasa, EX90 akan ditawarkan dengan dua konfigurasi, kedua-duanya dengan dua motor elektrik, satu di setiap gandar. Yang pertama ialah Twin Motor, dengan Electric Front Axle Drive (EFAD) yang menghasilkan 163 PS (161 hp atau 120 kW) dan 350 Nm tork, sementara Electric Rear Axle Drive (ERAD) menghasilkan 245 PS (241 hp atau 180 kW) dan 420 Nm.

Secara gabungan, output keseluruhan sistem bagi Twin Motor ini ialah 408 PS (402 hp atau 300 kW) dan 770 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.9 saat. Satu lagi ialah konfigurasi Twin Motor Performance yang datang dengan motor elektrik lebih berkuasa, dengan pecutan 0-100 km/j 4.9 saat — kedua-duanya dengan laju maksimum 180 km/j.

Volvo EX90 2023 didedahkan — SUV 7-<em>seater</em> dengan 517 PS/910 Nm; bateri 111 kWh, jarak hingga 600 km

EFAD bagi Twin Motor Performance membekalkan hingga 272 PS (288 hp atau 200 kW) dan 490 Nm, dan bersekali dengan ERAD yang menghasilkan 245 PS (241 hp atau 180 kW) dan 420 Nm: menjadikan output keseluruhan sistem ialah 517 PS (510 hp atau 380 kW) dan 910 Nm. Kedua-dua janaan ini mempunyai kapasiti menunda sehingga 2,200 kg.

Hanya satu bateri ditawarkan, unit lithium-ion dari CATL yang mempunyai kapasiti 107 kWh (111 kWh kasar), yang memberikan sehingga 600 km (Twin Motor) dan 590 (Twin Motor Performance) jarak mengikut kitaran WLTP. Untuk pengecasan pula, EX90 boleh menampung input DC (sambungan CCS2) pada kadar maksimum 250 kW, dengan tahap cas 10-80% boleh dicapai dalam masa 30 minit; 180 km boleh ditambah dengan pengecasan hanya 10 minit. Ada juga pengecasan biasa AC (sambungan Type 2) pada 11 kW, dengan cas penuh mengambil masa 11 jam. SUV ini juga boleh digunakan sebagai pembekal kuasa elektrik vehicle-to-grid (V2G).

Aspek keselamatan seperti biasa, yang paling lengkap daripada Volvo untuk EX90 ini. Antaranya, ia hadir dengan kit canggih meliputi sensor Iris LiDAR dari Luminar di atas bumbung, lima radar, lapan kamera, dua kamera dalaman dan 16 sensor ultrasonic.

Volvo menyifatkan SUV ini bersedia dari segi peranti untuk pemanduan autonomous di masa hadapan, tetapi buat masa sekarang, pemandu akan ada pelbagai akses bagi ciri semi-autonomous Tahap 2 seperti kawalan melayar adaptif, bantuan ke tengah lorong dan banyak lagi — senarai ciri termaju yang standard untuk kenderaan Volvo semasa.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required