Ora Good Cat di Malaysia — galeri penuh; 143 PS/210 Nm, jarak hingga 500 km, dua varian dari RM140k

Ora Good Cat di Malaysia — galeri penuh; 143 PS/210 Nm, jarak hingga 500 km, dua varian dari RM140k

Model EV Ora Good Cat oleh GWM kini dijual di Malaysia dalam dua varian: 400 Pro pada harga RM139,800 dan 500 Ultra pada harga RM169,800. Kereta ini diberi jaminan selama lima-tahun/150,000 km sementara baterinya dengan jaminan lapan-tahun/180,000 km. Ia juga didatangkan dengan pengecas mudah alih, pengecas di rumah dan lima slot servis (setiap 10,000 km) percuma.

Selain harga, kedua-dua varian berkenaan dibezakan oleh kapasiti bateri yang digunakan, dan dengan itu jarak perjalanannya juga berbeza. 400 Pro dilengkapi oleh bateri 47.8 kWh lithium iron phosphate (LFP) yang mampu memberikan jarak perjalanan 400 km, manakala varian 500 Ultra pula menggunakan bateri dengan kapasiti 63.1 kWh dengan jarak perjalanan 500 km. Jarak yang dinyatakan ini adalah mengikut kitaran ujian NEDC. Ujian WLTP yang lebih dekat dengan penggunaan dunia nyata akan memberikan bacaan kurang 20% daripada itu.

Ora Good Cat di Malaysia — galeri penuh; 143 PS/210 Nm, jarak hingga 500 km, dua varian dari RM140k

Janaan kuasa yang dihasilkan antara keduanya pula adalah sama, iaitu 105 kW (143 PS) dan 210 Nm. Waktu pengecasan penuh bagaimanapun berbeza. Jika dengan pengecas biasa (AC, sehingga 6.6 kW), 400 Pro memerlukan masa hingga lapan jam untuk baterinya penuh, manakala 500 Ultra memerlukan 10 jam. Namun, dengan pengcesan pantas DC (sehingga 60 kW), tahap 0-80% bagi 400 Pro boleh dicapai dalam masa 46 minit (32 minit jika dari 30-80%), sementara bagi 500 Ultra pula ialah 60 minit dari 0-80% (40 minit jika dari 30-80%).

Antara kelengkapan yang ada pada model ini ialah lampu utama LED pintar, lampu belakang LED dengan lampu kabus belakang, larasan lampu tinggi automatik, cermin sisi automatik pengilap cermin automatik dan bumbung panoramik. Rim bersaiz 18-inci dengan tayar 215/50.

Ora Good Cat di Malaysia — galeri penuh; 143 PS/210 Nm, jarak hingga 500 km, dua varian dari RM140k

Di dalam, selain menampilkan kemasan dua-tona warna, kedua-duanya dilengkapi dengan paparan kluster intrumen digital tujuh-inci dan skrin sentuh infotainmen 10.25-inci serta penukar gear elektronik. Pembesar suara bagi 400 Pro ada empat, manakala bagi varian paling tinggi ada enam kesemuanya. Ciri Apple CarPlay dan juga Android Auto juga tidak ketinggalan. Sistem pendingin dan pengudaraan dalam kabin juga dilengkapi dengan penapis udara PM 2.5. Kerusi pemandu juga ada ciri urutan, serta sistem memori.

Ora Good Cat juga lengkap dengan sistem keselamatan aktif yang canggih. Antara yang perlu disebutkan adalah bantuan tiga mod untuk parkir, Wisdom Dodge System yang membolehkan pemandu mengekalkan jarak selamat daripada kenderaan besar, Cornering Brake Control, AEB dengan bantuan di persimbangan dan ketika mengikut perlahan, kawalan melayar adaptif dengan Intelligent Turning dan Traffic Jam Assist. Ia dilengkapi dengan 12 radar sonic dan enam kamera untuk tujuan ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required