Honda CR-V 2023 akan dilancarkan di Thailand pada 22 Mac ini; hibrid 2.0L RS e:HEV dan 1.5 VTEC Turbo

Honda CR-V 2023 akan dilancarkan di Thailand pada 22 Mac ini; hibrid 2.0L RS e:HEV dan 1.5 VTEC Turbo

Honda Thailand telah mengumumkan bahawa SUV segmen-C Honda CR-V generasi keenam bakal dilancarkan di pasaran berkenaan pada 22 Mac ini ketika berlangsungnya Bangkok International Motorshow (BIMS) 2023.

Pengumuman yang dibuat tersebut turut disertakan dengan imej dan juga beberapa perincian awalan model berkenaan. Bagi pasaran Thailand, Honda mengesahkan bahawa CR-V akan ditawarkan dalam versi hibrid e:HEV dengan enjin 2.0 liter dan juga varian petrol penuh dengan enjin 1.5 liter VTEC Turbo.

Tiada angka kuasa prestasi diumumkan, namun ketika model generasi baharu ini membuat penampilan sulung globalnya di Amerika Syarikat pada Julai lalu, ia turut ditawarkan dengan dua unit rangkaian kuasa yang sama. Bagi model 1.5 liter VTEC turbo, enjin berkenaan berupaya menghasilkan kuasa 193 PS pada takat 6,000 rpm dan juga tork maksima 243 Nm bermula 1,700 rpm hingga 5,000 rpm, digandingkan dengan kotak gear CVT.

Manakala untuk model hibrid, ia menggunakan unit rangkaian kuasa hibrid terkini dan paling berkuasa ditawarkan Honda iaitu sistem e:HEV dengan enjin 2.0 liter. Sistem berkenaan menggandingkan enjin petrol kitaran Atkinson 2.0 liter yang kebanyakkan masanya hanya berfungsi sebagai generator untuk bateri lithium-ion, dan digandingkan dengan dua motor elektrik di mana salah satunya memacu terus roda hadapan dengan bekalan kuasa 207 PS dan tork maksima 335 Nm.

Honda CR-V 2023 akan dilancarkan di Thailand pada 22 Mac ini; hibrid 2.0L RS e:HEV dan 1.5 VTEC Turbo

Menerusi imej yang didedahkan, model yang dijana oleh sistem hibrid e:HEV nampaknya akan menjadi varian paling mahal untuk CR-V 2023 pasaran Thailand ini, hadir dalam kemasan RS yang sporty. Ia dilihat menerima bampar yang berbeza dengan model pasaran AS, panel-panel pelindung plastik dalam kemasan warna badan, rim aloi lebih besar serta lebih banyak kemasan-kemasan hitam berkilat.

Manakala model dengan enjin 1.5L VTEC Turbo pula akan hadir sebagai varian lebih rendah, tampil dengan rim aloi kemasan perak berdiameter lebih kecil, serta panel-panel pelindung badan hitam yang tidak disembur cat.

Menurut Honda Thailand lagi, CR-V 2023 ini akan menampilkan perincian lebih maju dari model generasi sedia ada, dengan rekaan luaran dan dalaman lebih sporty serta lebih premium, dan juga turut dilengkapkan dengan sistem bantuan pemanduan termaju Honda Sensing.

Pelancaran Honda CR-V 2023 ini telah dijangka akan dibuat di Thailand pada tahun ini kerana unit prototaip ujiannya sudah dilihat di atas jalan raya awam negara berkenaan pada September tahun lalu. Apa yang menarik, minggu lalu Honda Malaysia juga sudah dilihat menguji unit prototaip CR-V generasi baharu ini di Putrajaya – mungkin ia juga akan dilancarkan di sini tidak lama lagi?

GALERI: Honda CR-V 2023 pasaran Amerika Syarikat

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required