PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengumumkan pengaktifan Smartlane di laluan antara Persimpangan Senai Utara ke Persimpangan Kulai (Arah Utara) KM19.0 hingga KM27.0. Pengaktifan Smartlane ini telah pun bermula hari ini dan berlangsung sehingga 1 Mei 2023, melibatkan jarak sepanjang 8 km dan waktu operasinya adalah dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
Ini merupakan inisiatif PLUS dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk menambah kapasiti lorong sedia ada, serta membantu melancar dan menyuraikan trafik ketika musim perayaan Aidilfitri 2023, kata PLUS.
Tambahnya lagi, pengaktifan Smartlane juga akan dilaksanakan di beberapa lokasi strategik di Lebuhraya PLUS bergantung kepada keadaan trafik semasa. Pengendali Lebuhraya Utara-Selatan ini turut menasihati pengguna lebuhrayanya agar patuhi papan tanda trafik dan arahan petugas PLUS ketika melalui lokasi tersebut.
Sebelum ini, PLUS juga pernah mengaktifkan laluan Smartlane di lokasi yang sama sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada Januari lalu.
Pada Oktober 2019, PLUS telah melaksanakan Inisiatif Ujian SmartLane secara manual di Lebuhraya NKVE iaitu dari laluan Setia Alam menuju ke laluan keluar di Plaza Tol Shah Alam bagi mengatasi aliran kesesakan trafik. Ujian yang sama turut dilaksanakan pada Januari 2022, juga melibatkan laluan yang sama.
Melihat akan keberkesanan SmartLane ini, PLUS turut mengaktifkan laluan yang sama sewaktu musim perayaan Deepavali pada Oktober tahun lalu. Ia melibatkan dua laluan di Lebuhraya Utara-Selatan iaitu di antara persimpangan Senai Utara hingga persimpangan Kulai, arah utara dari KM19.0 hingga KM27.0. Ia turut diaktifkan di laluan dari Port Dickson ke Seremban, arah utara dari KM260 hingga KM263.1.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Untuk laluan lebuhraya PLUS di kawasan selatan terutamanya di kawasan Machap hingga ke JB & JB ke Machap seharusnya dah lama perlu dinaik-taraf dari 2 lorong kepada 3 & 4 lorong kerana laluan di situ sentiasa sibuk & kenderaan amat banyak. Ia diburukkan lagi bila tiba musim-musim cuti perayaan. Serupa juga bagi laluan di kedua hala utara KL hingga ke Ipoh dan beberapa kawasan di utara. Kami percaya perancangan PLUS ada cuma menanti perlaksanaannya dan bajet serta pertimbangan pegangan syarikat konsesi.
Jalanraya & lebuhraya di Malaysia kini semakin sibuk & sesak dengan kebanjiran kenderaan kerana antara faktornya, sistem perkhidmatan pengangkutan awam terutamana keretapi, ETS dan seumpamanya masih TERHAD. Pengguna tiada banyak pilihan selain terpaksa memiliki kenderaan sendiri dan menggunanya di laluan-laluan tersebut dan pastinya kesesakan di jalanraya & lebuhraya semakin meningkat.
Justeru itu, pihak PLUS perlu segerakan kerja-kerja melebarkan lorong-lorong di beberapa lokasi yg sering berlaku kesesakan. Diperbesarkan lorong-lorong seperti di laluan Ayer Keroh ke KL daripada 2 lorong kepada 3 atau 4 lorong. Mohon agar diutamakan para pengguna lebuhraya berbanding kepada kos & keuntungan syarikat-syarikat pemegang konsesi lebuhraya.
Sebagai pilihan lain kepada para pengguna lebuhraya, perkhidmatan ETS juga perlu segera diperluaskan dari Utara hingga ke Selatan tanahair (Johor Bahru) dengan diadakan beberapa kekerapan waktu perjalanan. Untuk jangkamasa panjang, ini antara pilihan terbaik untuk kurangkan kesesakan di atas jalanraya & lebuhraya.