GAC GS3 generasi baru akan tiba di Malaysia terus dalam versi CKD pada 2024; 1.5 TGDI, ADAS Tahap 2

GAC GS3 generasi baru akan tiba di Malaysia terus dalam versi CKD pada 2024; 1.5 TGDI, ADAS Tahap 2

Jenama dari China, GAC Motor sudah pun masuk ke pasaran tempatan pada penghujung 2021, dibawa oleh Warisan Tan Chong Automotif (WTCA) dengan pelancaran model pertamanya SUV segmen-B GAC GS3 yang dibawa terus dari China (CBU). Selaras dengan rancangan yang didedahkan sebelum ini, hari ini WTCA secara rasmi memulakan inisiatif pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.

Menurut WTCA, projek CKD ini melibatkan pelaburan sebanyak RM60 juta, dan ia akan dimulakan dengan pemasangan GAC GS3 generasi baharu yang baru sahaja diperkenalkan pada pasaran China diikuti model GAC yang lain selepas ini. Projek ini bermula selepas 18 bulan WTCA dan GAC memeterai perjanjian kerjasama dengan WTCA dilantik sebagai pengedar tunggal jenama GAC Motor di Malaysia.

Kos pelaburan tersebut turut meliputi kos naik taraf kilang Tan Chong di Segambut bagi memenuhi keperluan standard pemasangan model-model CKD dari GAC. Ini juga merupakan projek pemasangan GAC diluar China pertama di dunia.

GAC GS3 generasi baru akan tiba di Malaysia terus dalam versi CKD pada 2024; 1.5 TGDI, ADAS Tahap 2

GAC GS3 generasi baharu yang akan terus dihasilkan secara CKD di Malaysia

Bagi model CBU GAC GS3 generasi terdahulu yang sudah pun dijual di Malaysia merupakan versi pertama dijelmakan sebagai model pemanduan sebelah kanan, dan ia telah menerima sebanyak 130 perubahan berbanding model pemanduan sebelah kiri.

Manakala bagi GS3 generasi baharu yang terus akan dihasilkan dalam versi CKD kelak, ia diasaskan dari platform baharu sepenuhnya, serta melibatkan perubahan pada unit rangkaian kuasa serta sistem elektronik. Produksi model ini dijadualkan akan bermula pada April tahun hadapan, manakala jualannya akan bermula pada pertengahan 2024.

Berbanding model sedia ada yang dijana oleh enjin 1.5 liter empat silinder NA berkuasa 114 PS/150 Nm, model generasi baharu nanti akan menerima enjin 1.5 liter empat silinder turbo dengan sistem suntikan bahan api terus (T-GDI) generasi ketiga GAC Motor, menjana tork maksima 270 Nm bermula 1,400 hingga 4,500 rpm.

Kotak gear Aisin enam kelajuan automatik konvensional pada model lama CBU juga tidak lagi akan digunakan, dan ia akan diganti dengan transmisi klac berkembar jenis basah (WDCT) automatik tujuh-kelajuan. Malah GS3 CKD generasi baharu ini juga disahkan akan menerima sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) dengan kebolehan pemanduan autonomi Tahap 2.

GAC GS3 generasi baru akan tiba di Malaysia terus dalam versi CKD pada 2024; 1.5 TGDI, ADAS Tahap 2

GAC GS3 generasi baharu yang akan terus dihasilkan secara CKD di Malaysia

“Kami yakin dengan pengalaman bertahun-tahun Kumpulan Tan Chong dan pelaburan terkini dalam fasiliti kami, kami akan memenuhi jangkaan GAC. Pasukan kami mempunyai kerjasama yang kukuh dengan pasukan GAC untuk memastikan kami dapat memenuhi Piawaian Kualiti GAC. GAC telah menetapkan standard yang sangat tinggi dalam industri automotif kerana mereka telah mendominasi kedudukan nombor 1 dalam Tinjauan Kualiti JD Power di China selama lapan tahun berturut-turut.” kata Tan Keng Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd.

“GAC sentiasa meletakkan keutamaan tertinggi dalam menghasilkan kereta berkualiti tinggi. Kami yakin dengan pengalamannya yang luas dalam industri automotif, WTCA dapat memenuhi piawaian kualiti pembuatan kami yang tinggi,” kata Naib Presiden Kumpulan dan Pengerusi Antarabangsa GAC ​​Yu Jun.

“Kami menjangkakan bahawa dengan pembangunan 3-5 tahun, pengeluaran dan jualan akan mencapai 50,000 unit. Bagi memenuhi sasaran ini, GAC akan terus menyelaraskan sumber dalaman dan luaran dan meningkatkan sokongan untuk pasaran Malaysia, mempercepatkan pelancaran model utama menambah baik matriks model, dan menyediakan kenderaan yang lebih pintar dan berkualiti tinggi produk untuk pengguna tempatan,” tambahnya.

GAC GS3 generasi baru akan tiba di Malaysia terus dalam versi CKD pada 2024; 1.5 TGDI, ADAS Tahap 2

WTCA turut memberitahu bahawa kerjasama ini merupakan projek CKD pertama untuk GAC bagi rantau ASEAN. Selain dari operasi CKD, jumlah kos yang dilaburkan tersebut turut akan melibatkan jaringan pusat jualan dan khidmat selepas jualan.

Bilik pameran flagship pertama GAC Motor sedang dibina di Seksyen 13 Petaling Jaya dijangka akan dibuka pada suku ketiga tahun ini, dan ia akan diikuti fasiliti lain dengan sasaran 70 bilik pameran akan disediakan di seluruh negara.

“Bilik pameran flagship baharu itu akan mengalu-alukan semua pelanggan untuk melawat dan merasai hospitaliti GAC Motor dan kenderaan GAC Motor. Pelanggan digalakkan untuk memandu uji untuk merasai keunggulan produk,” tambah Tan Keng Meng.

GALERI : GAC GS3 1.5L Premium CBU

GALERI : GAC GS3 1.5L Standard CBU

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required