Perodua Alza 2022 menang Malaysia Good Design Award – jenama automotif tunggal raih anugerah

Perodua Alza 2022 menang Malaysia Good Design Award – jenama automotif tunggal raih anugerah

Perodua Alza serba baharu telah memenangi Malaysia Good Design Award (MGDA), yang merupakan pengiktirafan tertinggi daripada kerajaan untuk industri reka bentuk. Dianjurkan oleh Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM), sebuah agensi reka bentuk strategik di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Perodua merupakan satu-satunya jenama automotif yang menerima anugerah itu tahun ini.

Dalam majlis anugerah berkenaan turut disampaikan pensijilan MGDA 2022 dan Certified Industrial Designer (CIDe), yang disempurnakan oleh Setiausaha Agung MITI Datuk Seri Isham Ishak.

“Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen Perodua untuk menyampaikan produk yang inovatif dan direka dengan baik kepada pelanggan kami,” kata Perodua menerusi catatan di halaman Facebook rasminya.

Dilancarkan pada Julai tahun lalu, Alza generasi kedua ini dibangun menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan lebih besar berbanding model sebelumnya. Ia diberikan enjin NR 1.5L yang mampu menghasilkan sebanyak 105 hp dan 138 Nm tork pada 4,200 rpm. Enjin Dual VVT-i Euro 4 empat-silinder berkenaan digandingkan bersama kotak gear D-CVT yang sama digunakan untuk Ativa.

Ia ditawarkan dengan harga RM62,500 bagi 1.5L X, RM68,000 untuk 1.5L H dan 1.5L AV pula berharga RM75,500. Anda boleh baca ulasan pandu uji Perodua Alza 2022 melalui PAUTAN INI.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required