Satu model Proton akan dihentikan pengeluaran hujung tahun ini — X50, X70, X90 kekal untuk 10 tahun

Satu model Proton akan dihentikan pengeluaran hujung tahun ini — X50, X70, X90 kekal untuk 10 tahun

Dalam satu acara forum sempena Global Investors & Vendors Convention 2023 yang memberi tumpuan terhadap Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) yang dianjurkan oleh Proton-Geely, Pengarah Kanan Pemperolehan Teknikal Kumpulan, Ainol Abu Bakar ada menyebutkan, satu daripada model semasa Proton akan ditamatkan pengeluarannya hujung tahun ini.

“Model kenderaan yang ada ketika ini, enam dengan empat model asal Proton semuanya akan diteruskan, kecuali satu model yang telah dimaklumkan kepada pembekal yang kami tamatkan pengeluarannya menjelang hujung tahun ini,” ujar beliau.

“Tiga lagi model akan tetap dikeluarkan untuk jangka panjang, dan siri model X juga akan kekal dalam pengeluaran mungkin bagi tempoh 10 tahun lagi. Mesej kepada pembekal sangat mudah: selagi mereka terus kompetitif bersama model semasa yang ada, dan jika mereka ingin memperluaskan operasi, ia adalah peluang yang baik untuk menilai usahasama dengan pembekal yang mempunyai tahap teknologi lebih tinggi serta menilai kemungkinan untuk membekalkan komponen untuk EV,” tambah beliau.

Satu model Proton akan dihentikan pengeluaran hujung tahun ini — X50, X70, X90 kekal untuk 10 tahun

Tidak dinyatakan model Proton mana yang akan ditamatkan pengeluaran itu. Ketika ini, model asal Proton terdiri daripada empat model, Persona, Iriz, Exora dan Saga. Daripada semua ini, Exora merupakan model yang paling lama dalam pengeluaran, sejak 2009, walaupun telah dikemaskini beberapa kali, dengan versi terbarunya diperkenalkan Ogos tahun lalu.

Iriz pula diperkenalkan pada 2014, Persona generasi kedua pada 2016 dan Saga generasi ketiga sejak 2016. Daripada senarai ini, jika mengikut tempoh berada dalam pasaran, sepertinya Exora mungkin jadi model yang paling mungkin dihentikan pengeluarannya itu. Juga, ada ura-ura bahawa Geely Jiaji akan menjadi asas bagi MPV Proton seterusnya sebagai ganti.

Ketika forum berkenaan, Ainol memberi maklum balas kepada pertanyaa berkaitan komponen dan teknologi spesifik yang Proton sedang cari dan perlu untuk penghasilan model akan datang. Menurutnya, melalui ATHV, syarikat akan lebih menumpukan kepada teknologi canggih pengeluaran EV dan kenderaan autonomous, dengan komponen utama seperti tayar khas EV, pek bateri, sistem pengurusan bateri, motor elektrik, dn platform EV antara komponen yang diperlukan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Bukan exora dh digantikan dengan x90 ka?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Tfmtm on Jul 23, 2023 at 11:23 pm

    Member kta exora yg akn stop pengeluaran sbb kebetulan dia bru nk beli exora yg edisi last ni

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required