Kumpulan pertama unit CKD Chery siap dipasang di Kulim, lengkap terus dengan proses PDI di kilang

Kumpulan pertama unit CKD Chery siap dipasang di Kulim, lengkap terus dengan proses PDI di kilang

Selari dengan sasaran pelancaran semulanya ke pasaran tempatan, Chery Malaysia mengumumkan bahawa ia telah berjaya menyiapkan kumpulan pertama kenderaan jenamanya iaitu SUV Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro yang dipasang secara tempatan menerusi kilang yang terletak di Kulim, Kedah.

Menurut jenama automotif dari China itu, kilang berkenaan turut sudah lengkap melakukan proses Pemeriksaan Pra-Penghantaran (PDI) sebelum unit-unit kenderaan tersebut dihantar ke pengedar seluruh Malaysia. Chery turut menyifatkan bahawa kejayaan ini merupakan “pencapaian penting bagi menekankan dedikasi Chery Malaysia untuk memastikan pengalaman pemilikan yang tiada tandingan kepada pelanggan yang dihargai”.

Integrasi proses PDI ini terus dalam barisan produksi di kilang CKD Chery Malaysia menandakan “detik penting dalam usaha berterusan bagi mendapatkan jaminan kualiti” kata syarikat itu lagi dalam kenyataan yang dikeluarkan.

“Dengan menjalankan pemeriksaan dan ujian yang teliti sebelum kenderaan meninggalkan kilang, Chery Malaysia mensasarkan untuk menghantar kenderaan yang melangkaui jangkaan pelanggan,” tambah syarikat itu lagi.

“Kejayaan ini adalah kemuncak kerja keras dan usaha gigih kumpulan pemasangan Chery Malaysia di kilang CKD, kami akan terus berusaha untuk menetapkan standard industri baharu bagi memenuhi tahap kualiti antarabangsa.” Kata Leo Chen, Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia.

“Komitmen Chery Malaysia terhadap kualiti meliputi setiap aspek proses pembuatan dan pemasangannya. Kesediaan barisan pengeluaran dan pemasangan untuk PDI adalah bukti perancangan teliti serta bukti pelaburannya dalam teknologi dan proses termaju,” tambahnya lagi.

Chery merasmikan kemunculan semulanya ke pasaran Malaysia pada bulan Mei tahun ini, dan dua model pertama iaitu Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro dilancarkan ke pasaran tempatan pada Julai lalu. Chery turut mengumumkan Omoda 5 menerima sambutan yang agak baik di mana 1,000 unit pertama telahpun habis dijual hanya 10-hari selepas pelancarannya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required