Seorang pengguna laman sosial X (dulunya dikenali sebagai Twitter), Ts Rezza Danial berkongsi pengalaman beliau melihat beberapa buah motosikal jatuh di hadapan mata sewaktu melalui satu bahagian di atas jejambat Kampung Pandan, berhampiran susur masuk ke lebuh raya MEX di MyTown.
Beberapa video dimuat naik oleh Rezza, yang ketika itu sedang berteduh daripada hujan di bawah jejambat yang disebutkan, dan menurut beliau, dalam masa tidak sampai lima minit pun, tiga orang penunggang motosikal sudah terjatuh di kawasan itu.
Penyebab yang diberitahu adalah penyambung jalan, yang dikatakan bukan sahaja sangat licin pada waktu hujan, tetapi dalam waktu kering juga adalah sama. Ini mengakibatkan tayar motosikal hilang cengkaman dan jatuh meskipun tidak ditunggang laju.
Aku jarang publickn post aku. Tapi this time kena viralkan sbb ni melibatkan public safety.
Sekarang ni musim hujan belah petang, time orang balik kerja. Ada satu kawasan kat flyover atas Bulatan Kampung Pandan nk masuk MEX and and MyTown ni
JALAN NI MEMANG BAHAYA ‼️‼️ pic.twitter.com/CqxdiWOXp8
— Ts. Rezza Danial 🇲🇾 (@REZZADANIAL) October 12, 2023
Penyambung jalan seperti ini dipanggil sebagai expansion joint, dan ia memang satu rekaan biasa bagi sesebuah jambatan, bagi membolehkan penguncupan dan pengembangan permukaan apabila suhu berubah. Ia juga kerap digunakan bagi bahagian jalan yang diperbuat daripada konkrit bersambung.
Penyambung ini biasanya dijadikan sama rata dengan jalan dan disalut dengan lapisan anti gelincir. Walaubagaimanapun apabila sudah lama, ia boleh hilang dan mendedahkan permukaan besi yang licin – itulah keadaan yang dilihat berlaku di kawasan ini. Ia juga pernah dilihat boleh menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan lubang yang besar.
Bukan setakat Rezza, pengguna lain turut berkongsi perkara yang sama, dengan salah seorang daripadanya, iaitu Boy Flow mengatakan seorang penunggang sudah pun terkorban di jalan itu 9 September tahun lalu.
9 Sep 2022 dah ada yang terkorban, jatuh dekat situ masa hujan. Tapi sampai sekarang masih tak ada penambahbaikkan pic.twitter.com/6PPS1RJNh4
— Boy Flow (@BoyFlow15) October 12, 2023
Seorang lagi pengguna dengan nama Syamel pula mengatakan beliau sudah membuat laporan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan jalan tersebut, tetapi ia masih belum selesai dan mempersoalkan adakah mereka mahu menunggu sehingga ada anak menteri yang terjatuh barulah mahu mengambil tindakan.
Bagi penunggang motosikal, tambahkan waspada anda apatah lagi sekarang sudah musim hujan. Penyambung jalan seperti ini ada di merata tempat dan sentiasa amalkan cara tunggangan yang berhati-hati. Dalam masa sama, pastikan juga keadaan motosikal anda baik, terutamanya bahagian tayar dan brek, dan cari tempat yang selamat untuk berteduh sewaktu hujan.
jalan kat sini ada besi yang mmng licin gila even bukan time hujan pun.
kalau sapa pernah bawak moto kt sini tahu lah.. mmng geli2 tayar moto tu.
tambah pulak skrng time hujan. and bila nk tukar lorong tu akan break2 atas besi nih pic.twitter.com/CynyxdVQyV
— Ts. Rezza Danial 🇲🇾 (@REZZADANIAL) October 12, 2023
see.. aku lepak sini bawah bridge tunggu hujan reda tak sampai 5 minit dh 3 org jatuh.
bukan salah rider tu bawak laju ke apa.. kau bawak slow pun boleh slide pic.twitter.com/Xk0pn9WjEh
— Ts. Rezza Danial 🇲🇾 (@REZZADANIAL) October 12, 2023
ni ada akak yg jatuh pulak. nasib baik lah dia tak bawak anak kecik dia. 😮💨
aku tak sure pihak mana yg bertanggungjawab untuk jaga jalan area sini @IPJKR_Official atau @DBKL2u
tolong lah ambik tindakan perbetul jalan kat sini.
Make Road Safer for Malaysian 🇲🇾 pic.twitter.com/YCoKjHtKVs
— Ts. Rezza Danial 🇲🇾 (@REZZADANIAL) October 12, 2023
Jalan ni memang bangsat, dah lama aku report kt dbkl @DBKL2u sebab dia ckp jln ni bwh selenggara dorang. Dah byk kes orang meninggal, tapi sampai skrg rupanya isu jalan ni tak settle2 lagi. Nak tunggu anak menteri tergolek ke baru nak bertindak???? pic.twitter.com/SfwbeS3CvH
— syamel (@wtfsyh) October 12, 2023
Ni dulu jalan aku ulang alik balik kerja, dah tak terkira berapa byk motor tergolek. No ws ni utk aduan pothole, tp sebab tak tahu kat siapa aku nak report, aku report je sini, dari bulan 2 lg dah pic.twitter.com/IedT8CuAO3
— syamel (@wtfsyh) October 12, 2023
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.