Stellantis ambil alih hak pengedar Peugeot dari Bermaz, syarikat jualan nasional baharu tiba awal 2024

Stellantis ambil alih hak pengedar Peugeot dari Bermaz, syarikat jualan nasional baharu tiba awal 2024

Pemilik jenama Peugeot, Stellantis telah mengumumkan bahawa ia akan mengambil alih hak pengedaran dan jualan model-model automotif Perancis berkenaan di Malaysia dari pengedar sedia ada, Bermaz Auto Alliance (BAA) iaitu anak syarikat 55% milik Bermaz Auto Berhad (Bermaz Auto).

Selepas ini Stellantis akan menubuhkan Syarikat Jualan Nasional (NSC) baharu di Malaysia pada suku pertama 2024, di mana ia akan menjadi entiti rasmi Stellantis untuk mengemudi dan menguruskan aspek pengedaran dan jualan kenderaan Peugeot di Malaysia. Malah bukan hanya Peugeot, pelbagai lagi jenama di bawah payung Stellantis turut akan dibawa ke pasaran tempatan pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun dalam tempoh peralihan strategik ini Bermaz dan pengedar semasa jenama Peugeot di Malaysia, akan terus bekerjasama dengan Stellantis bagi penjualan kenderaan menerusi rangkaian pengedarnya. Menurut Stellantis lagi, perubahan dalam strategi perniagaan itu adalah sebahagian daripada cita-cita pertumbuhannya di rantau ASEAN, selaras dengan rancangan elektrifikasi serta strategi Global Dare Forward 2030 syarikat itu.

Stellantis ambil alih hak pengedar Peugeot dari Bermaz, syarikat jualan nasional baharu tiba awal 2024

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan strategi perniagaan baharu bagi menyediakan pasaran Malaysia lebih banyak produk dan perkhidmatan di bawah pembentukan NSC. Ini termasuk pengenalan jenama baharu pada masa hadapan di Malaysia di bawah portfolio Stellantis,” kata Daniel Gonzalez, Ketua Pegawai Operasi dan Pengedar Am Stellantis bagi ASEAN.

NSC di Malaysia akan diketuai oleh Jamie Francis Morais, yang merupakan Ketua Selepas Jualan semasa bagi operasi ASEAN & Pengedar Am untuk Stellantis. Morais mempunyai pengalaman selama 19 tahun dalam industri automotif dalam jenama global utama termasuk Toyota, BMW, Nissan dan Proton, serta mempunyai portfolio yang luas merangkumi operasi yang berbeza termasuk selepas jualan, rangkaian, perkhidmatan pelanggan, kualiti, jualan dan latihan.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Stellantis menyatakan bahawa ia akan terus bekerjasama dengan Bermaz dalam tempoh peralihan terbabit, dengan “kedua-dua syarikat kekal teguh dengan komitmen mereka untuk terus berkhidmat kepada pelanggan Peugeot dengan menawarkan servis tanpa gangguan, alat ganti, waranti dan perkhidmatan selepas jualan di Malaysia.”

“Dari permulaan perkongsian kami, kami menerima pakai peranan sebagai penjaga jenama Peugeot di Malaysia, kerana kami bersungguh-sungguh dalam membina jenama ini. Justeru, pada 2020, kami dengan senang hati menerima cabaran dan bersama-sama pasukan Stellantis. Kami bekerja dengan gigih untuk mengembangkan lagi jenama ini di Malaysia. Hari ini, kami bangga kerana dapat mengemudinya ke arah di mana Stellantis bersedia untuk melangkah lebih jauh. Kami menyokong penuh cita-cita global Stellantis,” kata pengerusi eksekutif Bermaz Auto, Tan Sri Ben Yeoh.

Stellantis ambil alih hak pengedar Peugeot dari Bermaz, syarikat jualan nasional baharu tiba awal 2024

Stellantis telah menetapkan hala tuju dan strategi baharunya untuk rantau ASEAN termasuk strategi elektrifikasi, dan menilai potensi kilang di Gurun, Kedah sebagai hab pembuatan serantau untuk menghasilkan kenderaan elektrik berasaskan bateri (BEV) untuk pasaran domestik dan eksport di ASEAN, selain memacu penggunaan BEV di rantau ini.

Keutamaan serantau syarikat itu akan berkisar pada komitmennya terhadap kelestarian di bawah strategi Dare Forward 2030 Stellantis. Syarikat itu melabur lebih RM2 bilion untuk memperkenalkan platform STLA Medium ke rantau ASEAN. Platform modular-by-design tersebut akan membolehkan Stellantis menghasilkan kenderaan pelbagai tenaga (BEV, ICE, MHEV) dan mewujudkan operasi pemasangan tempatan dari jenama Stellantis seperti Jeep dan Citroën.

Antara model-model baharu Peugeot yang akan diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2024 adalah termasuk 408 baharu, e-2008 EV dan juga trak pikap Landtrek dalam versi pemasangan tempatan (CKD).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required