Bermaz urus francias Peugeot sepenuhnya – Berjaya Corp jual 51% pegangan saham dalam Berjaya Auto

Bermaz urus francias Peugeot sepenuhnya – Berjaya Corp jual 51% pegangan saham dalam Berjaya Auto

Berjaya Corporation (BCorp) mengumumkan pihaknya telah menjual keseluruhan 51% iaitu merangkumi 6.12 juta pegangan saham dalam Berjaya Auto Alliance (BAASB) kepada Bermaz Auto (BAuto) dan pemegang saham yang lain dengan nilai RM6.67 juta. Perkara ini telah diumumkan semalam menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh BCorp.

Ini bermakna BCorp tidak lagi terlibat dalam pengedaran Peugeot, yang dikendalikan oleh BAuto menerusi kerjasama dengan BAASB pada Disember tahun lalu. Selain Peugeot, perjanjian tersebut turut melibatkan perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti untuk Citroen dan DS di negara ini.

Pada asalnya, BAuto mempunyai 20% kepentingan dalam BAASB, tetapi syarikat itu mengumumkan bahawa ia telah memperoleh tambahan 35% kepentingan sebagai hasil penjualan tersebut. BAuto bukanlah sekutu secara langsung dengan Berjaya – pengedar Mazda pada ketika ini selepas ia mengambil alih pada tahun 2016. Syarikat ini juga kini telah menandatangani perjanjian dengan Kia untuk menjadi pengedar di Malaysia, pada April lalu.

CEO kumpulan BCorp Jalil Rasheed berkata, syarikat tersebut kini dalam proses untuk ditransformasi menjadi kumpulan penguna dengan memfokuskan beberapa cabang perniagaan, dan penjualan pula adalah sebahagian daripada proses penyusunan semula dan rasionalisasi bagi melepaskan aset bukan teras.

Menurutnya, BCorp menyedari bahawa BAuto akan menjadi lebih bersinergi untuk mendapatkan BAASB. “Kemampuan dan kepakaran BAuto dalam industri automotif telah dibuktikan dengan kejayaan luar biasa dan prestasi yang mengagumkan dalam menjalankan perniagaan Mazda, dan kami yakin ia akan dapat melakukannya dengan baik dalam melakar kejayaan perniagaan yang sama untuk Peugeot pula,” kata Jalil.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required