Chery Malaysia jual 4,501 unit kenderaan pada 2023, rancang luaskan jaringan jualan dan servis tahun ini

Chery Malaysia jual 4,501 unit kenderaan pada 2023, rancang luaskan jaringan jualan dan servis tahun ini

Jenama automotif dari China, Chery secara rasminya masuk semula ke pasaran Malaysia pada Julai tahun lalu, dengan melancarkan dua model sebagai permulaan iaitu SUV segmen-C Omoda 5 dan juga SUV segmen-D tujuh-tempat duduk Tiggo 8 Pro.

Walaupun mungkin ada yang sinis dengan kedatangan semula Chery ke pasaran tempatan, dengan strategi baharu yang lebih agresif termasuk memperkenalkan kedua-dua model terus dalam versi pemasangan tempatan (CKD) yang diproduksi di Kulim, Kedah, Chery Malaysia berjaya menjual sebanyak 4,501 unit kenderaan sepanjang 2023.

Dari jumlah keseluruhan unit yang dijual tersebut, 3,600 unit merupakan Omoda 5, manakala sekitar 900 unit selebihnya adalah Tiggo 8 Pro. Penghantaran unit-unit tersebut kepada pelanggan hanya bermula pada penghujung September 2023. Oleh itu secara purata Chery Malaysia berjaya menjual sebanyak 1,200 unit sebulan untuk Omoda 5 dan 300 unit sebulan untuk Tiggo 8 Pro bagi tiga bulan terakhir tahun lalu.

Bukan itu sahaja, Chery Malaysia juga mahu memastikan pelanggan-pelanggannya melalui pengalaman pemilikan jenamanya yang jauh lebih baik dan terjamin dari sebelum in. Oleh itu ia memastikan bahawa jaringan pusat jualan dan servis selepas jualannya sentiasa bersedia untuk berurusan dengan pelanggan.

Chery Malaysia jual 4,501 unit kenderaan pada 2023, rancang luaskan jaringan jualan dan servis tahun ini

“Ia merupakan tahun yang menarik buat Chery, sejak dari hari kami lancarkan produk kami pada Julai hingga menghantar kenderaan kami kepada pelanggan dua bulan selepas itu,” kata naib presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang dalam pembentangan rancangan perniagaan syarikat tersebut bagi 2024 yang berlangsung semalam.

Menurutnya lagi menerusi tinjaun kepuasan terhadap 1,000 pelanggan yang dijalankan, syarikat itu menerima markah tinggi 94/100. Beliau turut mengenal pasti beberapa masalah yang diutarakan oleh pelanggan, dan menegaskan bahawa menyelesaikan masalah-masalah tersebut menjadi “fokus utama” Chery Malaysia dan ia merupakan “komitmen utama untuk Chery pada 2024”.

Ketika melancarkan kedua-dua model tersebut pada suku ketiga tahun lalu, Chery sudahpun bersedia dengan 23 outlet yang sudahpun dibuka, di mana 11 daripadanya adalah outlet dengan penarafan pusat 3S dan 4S, dan 12 selebihnya merupakan outlet 1S+2S (jualan dan servis selepas jualan tidak dalam satu bangunan).

Jaringan pengedar Chery kemudian meningkat kepada 32 outlet diseluruh negara menjelang suku keempat 2023, di mana 10 daripadanya mempunyai fasiliti pembaikan badan dan cat (B&P). Untuk 2024, Chery Malaysia bakal menambah 16 outlet lagi bagi menjadikan keseluruhan 48 jaringan pengedarnya dengan 16 pusat mempunyai fasiliti B&P untuk bersedia memberikan perkhidmatan di seluruh negara.

Chery Malaysia jual 4,501 unit kenderaan pada 2023, rancang luaskan jaringan jualan dan servis tahun ini

“Menjelang akhir 2024, kami berharap untuk mempunyai sekurang-kurangnya 48 cawangan beroperasi dan ia turut akan menyumbang kepada peningkatan 70% dalam pusat 3S dan 4S kami. Dengan lebih banyak cawangan dan perkongsian kerjasama dalam perancangan, ini akan menjadi platform untuk mempamerkan model terbaharu, teknologi termaju dan contoh perkhidmatan pelanggan Chery,” kata pengarah pembangunan rangkaian Chery Auto Malaysia Soon Boon Ping.

Beliau turut menambah bahawa fasiliti-fasiliti tersebut juga akan menjadi ‘bukti masa hadapan’ bagi Chery Malaysia, menunjukkan mereka mampu mengendalikan model-model EV yang bakal dilancarkan di Malaysia selepas ini.

Chery bakal melancarkan EV pertamanya di Malaysia iaitu Omoda E5 pada Mac tahun ini, di mana model pra-produksi versi pemanduan sebelah kanan sudahpun dipertonton di Malaysia akhir tahun lalu. Semalam Chery turut mengumumkan bahawa SUV segmen-C Tiggo 7 Pro turut akan dilancarkan selepas itu, dan spesifikasi awalan model yang akan bersaing dengan Proton X70 ini boleh anda baca pada PAUTAN INI.

Chery Malaysia juga merancang untuk memperkenalkan model lebih mampu milik disasarkan untuk dijual di bawah RM100k dengan jumlah lebih banyak pada suku keempat 2024. Butiran bagi model tersebut masih betul dimuktamadkan, namun ia mungkin SUV segmen-B Chery Tiggo 4 Pro atau Omoda 5 dengan kelengkapan lebih asas.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required