Pusat 3S Mitsubishi di Kuching oleh EON Auto Mart berpindah lokasi — identiti jenama, kemudahan baru

Pusat 3S Mitsubishi di Kuching oleh EON Auto Mart berpindah lokasi — identiti jenama, kemudahan baru

Pusat 3S Mitsubishi Motors di Kuching kendalian EON Auto Mart kini telah berpindah lokasi. Kini terletak di Lot 852, Seksyen 64, Bandaraya Kuching, kemudahan baru ini merupakan bilik pameran yang terbesar dimiliki jenama terbabit di ibu negeri Sarawak ini.

Dibina di atas tanah berkeluasan 18,000 kaki persegi, pusat 3S baru ini diberikan imej baru identiti jenama Mitsubishi Motors dengan slogan globalnya “Drive Your Ambition”. Pusat 3S ini mempunyai sembilan ruang servis, selain ruang menunggu dengan WiFi dan sudut kanak-kanak.

“Langkah strategik ini diambil untuk memberikan layanan lebih baik kepada pelanggan kami. Kami juga melihat pertumbuhan yang lebih rancak di Sarawak, terutama untuk trak pikap Triton dan juga crossober Xpander yang semakin diterima ramai. MMM juga terus menyokong perluasan rangkaian pengedar sebagai persediaan untuk memperkenal model baru Mitsubishi di Malaysia,” ujar CEO MMM, Shinya Ikeda.

“EON Auto Mart tidak asing lagi dalam keluarga besar Mitsubishi, dan telah menjadi rakan niaga MMM sejak dua dekad lalu. Syarikat ini mempunyai lapan bilik pameran Mitsubishi Motors di seluruh negara, dan cawangannya merupakan antara penyumbang utama yang membantu pencapaian MMM menjadikan Xpander sebagai MPV bukan nasional No. 1. Kami yakin EON Auto Mart akan terus memberikan pengalaman pemilikan yang menyenangkan untuk pelanggan Mitsubishi,” tambahnya.

Pusat 3S Mitsubishi terbaru di Kuching ini dibuka dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 7 malam; Sabtu dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan Ahad dari 8.30 pagi hingga 5 petang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required