Beijing 2024: BYD Ocean-M concept – hot hatch EV dengan RWD; versi produksi dilancar tahun ini

Beijing 2024: BYD Ocean-M concept – hot hatch EV dengan RWD; versi produksi dilancar tahun ini

BYD mempamerkan model baharu Ocean-M concept menerusi acara Auto China di Beijing, di mana hot hatch EV dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga (Q3) tahun ini. Model ini bakal diposisikan di antara Dolphin dan Seal.

Ocean-M kelihatan tampil agresif dengan lip bampar terpisah di sekitar corong pengambilan udara hadapan serta power hump pada bahagian bonet. Untuk bahagian sisinya, ia menampilkan roda ala-Lamborghini, kamera yang berada pada cermin sisi serta skirt sisi yang lebih besar yang bersambung dengan diffuser di belakang.

Pada bahagian bumbungnya terletak wing terpisah yang menyerlahkan lagi sifat estetika model konsep ini. Kit badannya memang cukup menyerlah namun pastinya ada perubahan yang dilakukan terhadap versi produksi kelak, atau sekurang-kurangnya ditawarkan sebagai pilihan. Walau bagaimana pun, bahagian dalamnya tidak didedahkan buat masa ini kerana ditutupi cermin gelap.

Beijing 2024: BYD Ocean-M concept – hot hatch EV dengan RWD; versi produksi dilancar tahun ini

Informasi mengenai penjana kuasanya juga agak terhad buat masa ini namun dilaporkan bahawa Ocean-M akan menggunakan platform baharu BYD (ada yang menyatakan ia digelar sebagai e-Platform 4.0) dan dipadankan dengan bateri Blade generasi kedua yang dilancarkan oleh BYD pada tahun ini. Bateri Blade 2.0 ini didakwa mampu menawarkan jarak gerak hingga 1,000 km dan menghamburkan 25% ketumpatan tenaga yang lebih tinggi berbanding bateri Blade 1.0 yang digunakan oleh kebanyakan model semasa BYD seperti Seal, Dolphin dan Atto.

Media China pula melaporkan Ocean-M juga akan diproduksikan dalam versi pemanduan sebelah-kanan (RWD) dengan pacuan semua-roda sebagai pilihan. BYD turut memberikan harga jangkaan bagi model produksi Ocean-M iaitu di antara 150,000 dan 200,000 yuan (sekitar RM99k dan RM131k).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required