Penurunan mendadak jualan runcit harian diesel bukti salahguna subsidi bahan api – Timbalan Menteri KPDN

Penurunan mendadak jualan runcit harian diesel bukti salahguna subsidi bahan api – Timbalan Menteri  KPDN

Penurunan drastik dalam jualan runcit diesel berikutan pelaksanaan program rasionalisasi subsidi bahan api kerajaan menunjukkan subsidi bahan api disalahgunakan secara meluas, menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

Dalam perkongsian menerusi Facebook peribadinya, Fuziah berkata sejak program rasionalisasi subsidi bahan api diesel diperkenalkan pada 10 Jun lalu, jualan diesel telah menurun sebanyak 30%, yang setara dengan pengurangan lapan juta liter sehari, sementara pembelian diesel komersial, yang dijual pada harga pasaran, telah meningkat sebanyak empat juta liter sehari.

“Pada saya, ini menunjukkan bahawa diesel yang disubsidi sebelumnya telah disalahgunakan. Di samping itu, stesen minyak berhampiran sempadan Malaysia mengalami penurunan 40% dalam jualan diesel, menunjukkan bahawa penyeludupan ke negara jiran adalah isu yang besar,” katanya.

Kenyataan ini senada dengan apa yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan baru-baru ini berhubung penurunan jualan runcit diesel di pasaran.

Penyesuaian subsidi diesel yang bermula sejak 10 Jun lalu menyaksikan diesel Euro 5 B10 dan B20 di Semenanjung naik harga sebanyak RM1.20, atau 56% daripada kadar dengan subsidi sebelumnya, RM2.15 seliter kepada RM3.35 seliter. Diesel Euro 5 B7 pula lebih mahal 20 sen daripada itu, dan kini dijual pada harga RM3.55 liter.

Bantuan kewangan bagi pengguna diesel kini diagihkan menerusi program dan kategori Budi Individu dan Budi Agri-Komoditi, dengan mereka yang layak akan menerima bantuan RM200 sebulan. Bagi pengendali pengangkutan dalam skala lebih besar pula, mereka boleh memohon melalui Sistem Kawalan Diesel Subsidi 1.0 dan 2.0, yang meliputi 33 jenis kenderaan pengangkutan diesel.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required