eMas 7 dibangunkan bersama Geely libatkan 230 tenaga kerja Proton, model pertama platform GMA

eMas 7 dibangunkan bersama Geely libatkan 230 tenaga kerja Proton, model pertama platform GMA

Baru sebentar tadi Proton telah mendedahkan model EV pertamanya iaitu eMas 7 (ditulis e.MAS 7), yang bakal dijual bermula penghujung tahun ini. Secara nyata, eMas 7 ini sememangnya kembar kepada Geely Galaxy E5 yang turut baru sahaja didedahkan di China Mei lalu. Namun sebenarnya model ini bukan sekadar rebadge, kerana pembangunannya turut melibatkan tenaga kerja dari Proton sendiri.

eMas 7 dan Galaxy E5 merupakan model yang diasaskan dari platform Global Intelligent New Energy Architecture (GEA), atau untuk Proton ia dikenali sebagai platform Global Modular Architecture (GMA). Platform ini juga sebenarnya adalah evolusi yang diasaskan dari Sustainable Experience Architecture (SEA) yang dibangunkan oleh Geely untuk digunakan oleh jenama-jenama dibawah naungannya yang lain.

Menurut Proton seramai 230 orang tenaga kerjanya telah menyertai pasukan pembangunan model ini bersama Geely secara keseluruhan. Manakala untuk Geely, Galaxy E5 merupakan model pertamanya yang dihasilkan terus dengan variasi pemanduan sebelah kiri (LHD) dan sebelah kanan (RHD).

Secara keseluruhan model ini mengambil masa selama 700,000 jam kejuteraan untuk disiapkan, dengan ujian ketahanan adaptif (DAT) sejauh 30,000 km, ujian boleh harap kualiti (QRT) 100,000 km dan ujian keseluruhan yang melibatkan perjalanan sejauh 10,000,000 km.

Seperti yang telah Proton umumkan sebelum ini, sebanyak lima model baharu Proton akan dibangunkan menggunakan platform GMA ini, dikenali dengan kod GMA 01, GMA 02, GMA 03, GMA 05 dan GMA 06. Dan hari ini Proton mengesahkan bahawa eMas 7 adalah GMA 01.

Selepas ini Proton akan melancarkan pula dua lagi model iaitu GMA 02 dan GMA 03 bagi melengkapkan fasa pertama siri eMAs ini, dan bakal diikuti dengan fasa kedua dengan GMA 05 dan GMA 06. Baru-baru ini Proton ada menyiarkan teaser yang memberikan bayangan sisi dua lagi model dari siri eMas iaitu sebuah sedan dan sebuah lagi mungkin SUV atau hatchback bersaiz kompak – berkemungkinan ia adalah GMA 02 dan GMA 03.

Menurut Proton platform GMA ini dihasilkan dengan menitik beratkan aspek seperti keselamatan yang komprehensif, disepadukan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI), keluasan dan juga kualiti pemanduan dan pengendalian – kami sempat merakam bahagian bawah eMas 7 ini dan dapat dilihat ia menggunakan suspensi jenis bebas di belakang.

Platform GMA ini juga direka bagi membolehkan bateri untuk disepadukan ke dalam kerangka badan kenderaan (cell-to-body, CTB) membolehkan ia turut bertindak sebagai elemen struktur, seterusnya memberikan kerangka yang kukuh dengan ketahanan torsional sehingga 31,000 Nm per darjah.

Selain itu, platform GMA ini bukan hanya boleh menghasilkan model-model EV, tetapi ia direka dengan begitu fleksibel yang membolehkan ia menerima pelbagai unit rangkaian kuasa dari enjin pembakaran dalaman sepenuhnya, hibrid jenit range extender dimana enjin hanya dignaran untuk mengecas bateri dan roda dipacu sepenuhnya dengan motor elektrik, hibrid jenis plug-in dan juga enjin yang beroperasi menggunakan bahan bakar metanol.

Jadi untuk model-model yang diasaskan dari platform GMA selepas ini, ia bukan semestinya model EV, kerana sebelum ini CEO Proton Dr Li Chunrong turut mengesahkan ia turut akan menjadi asas kepada model PHEV Proton. Macam semakin menarik model-model Proton akan datang kan?

GALERI: Pratonton EV Proton eMas 7 2025

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required