Honda akan hasilkan SUV EV kecil berasaskan Elevate di India, akan dieksport ke Asia termasuk Jepun

Honda akan hasilkan SUV EV kecil berasaskan Elevate di India, akan dieksport ke Asia termasuk Jepun

Presiden dan CEO Honda Cars India Takuya Tsumura telah mengesahkan bahawa sebuah EV kompak berasaskan SUV Honda Elevate akan dilancarkan di India pada 2026 sebagai model EV pertama yang akan dijual di negara tersebut. Menurut Tsumura dalam laporan AutocarIndia, walaupun ia diasaskan dari Elevate, model tersebut akan diberikan rekaan dan juga nama yang lebih tersendiri.

Honda Elevate merupakan SUV segmen-A yang dikilangkan di India, dan ia turut dilancarkan di Jepun dikenali dengan nama Honda WR-V (berbeza dengan WR-V di Malaysia) di sana.

“Kami akan memperkenalkan tiga model elektrifikasi pada 2026-27. Salah satu daripadanya adalah kenderaan elektrik-bateri berasaskan Elevate dan akan ada lagi dua. Kami boleh katakan ketiga-tiga model adalah sama ada hibrid atau kenderaan elektrik penuh. Sebagai sebahagian dari polisi global syarikat, kami akan terus memperkenalkan dan meningkatkan nisbah kenderaan elektrifikasi,” kata Tumara ketika pelancaran sedan Honda Amaze generasi baharu minggu lalu.

Honda akan hasilkan SUV EV kecil berasaskan Elevate di India, akan dieksport ke Asia termasuk Jepun

Menurut AutocarIndia, awal tahun ini Honda India ada mengumumkan projek EV kompak yang dikenali sebagai ACE atau Asian Compact Electric. Projek tersebut juga diumum diasaskan dari Honda Elevate, jadi boleh dijangka ia adalah projek yang sama diumumkan oleh Takuya Tsumura ini.

Ketika projek ACE itu diumumkan, Honda telah mengesahkan bahawa 50% hingga 70% model EV yang diproduksi di India itu akan diekpsort keluar ke pasaran-pasaran utama dunia, termasuk pasaran Jepun.

Di Malaysia Honda dijangka bakal melancarkan SUV e:N1 sebagai model EV pertamanya di sini pada tahun hadapan. Sekali tengok, e:N1 nampak seperti versi EV yang diasaskan dari Honda HR-V, namun menurut Honda ia sebenarnya dibina menggunakan platformnya yang tersendiri khas untuk unit rangkaian kuasa elektrik penuh.

Mungkin SUV EV yang lebih kecil dari e:N1 ini turut akan dibawa ke negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sebagai meluaskan lagi portfolio model-model EV mereka di sini?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

 

Add a comment

required

required