20 model EV terlaris pada Feb 2025 – Proton eMas 7 masih terlaris, diikuti BYD Sealion 7 dan Tesla Model 3

20 model EV terlaris pada Feb 2025 – Proton eMas 7 masih terlaris, diikuti BYD Sealion 7 dan Tesla Model 3

Bagi bulan Februari, Proton eMas 7 masih lagi merupakan model kenderaan elektrik (EV) paling laris di Malaysia, berdasarkan data yang kami perolehi dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). eMas 7 mencatatkan pendaftaran sebanyak 580 unit, membolehkan angka jualan keseluruhan mencecah 1,001 unit sejak dilancarkan.

EV kedua paling laris bulan lalu pula adalah BYD Sealion 7 dengan pendaftaran 387 unit, diikuti rapat oleh Tesla Model 3 dengan 377 unit selepas mencatatkan jualan yang lembab pada Januari. Dua lagi model BYD melengkapkan carta lima terlaris dengan MPV M6 (120 unit) dan Seal (70) unit.

20 model EV terlaris pada Feb 2025 – Proton eMas 7 masih terlaris, diikuti BYD Sealion 7 dan Tesla Model 3

Tempat ke-enam pula adalah milik Xpeng G6 dengan pendaftaran 74 unit. Manakala BYD Atto 3 yang mencatatkan jualan 104 unit pada bulan sebelumnya hanya mencatatkan pendaftaran 42 unit bulan lalu untuk berada di tempah ke-tujuh – namun ia masih lagi dilihat baik memandangkan ia telah berada lama dalam pasaran EV Malaysia yang kecil ini.

Juga terdapat model-model lain yang mencatatkan penurunan jualan mendadak bulan lalu termasuk BMW i5 (dari 104 kepada 12), BMW i7 (dari 38 kepada hanya 2) dan Zeekr 009 (81 kepada hanya 3). Manakala Tesla Model Y yang berada di tempat ke-10 mencatatkan kenaikan dari hanya 10 kepada 65 unit bulan lalu. Beberapa jenama dari China turut mencatatkan jualan yang agak rendah pada Februari iaitu Ora (23), smart (30, untuk #1 dan #3) dan Leapmotor (13).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required