Bermaz Auto tampil dengan ruang pameran tiga jenama yang paling menyerlah di paultan.org Premium Auto Car Expo (PACE) 2025, yang berlangsung pada 19 dan 20 Julai di Setia City Convention Centre (SCCC). Pengunjung yang hadir berpeluang melihat sendiri tawaran terkini daripada Mazda, Kia dan Xpeng, termasuk pelbagai promosi eksklusif dan hadiah istimewa.
Dari jenama Mazda, tumpuan diberikan kepada Mazda CX-60, SUV flagship terbaru yang kini sudah dibuka untuk tempahan di Malaysia, dengan harga anggaran melebihi RM200,000. Ia hadir dengan enjin 2.5 liter empat silinder yang menghasilkan 191 PS dan 261 Nm, dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik lapan kelajuan. Antara ciri menarik yang ditawarkan ialah rim 20 inci, bumbung panoramik, pintu but bukaan kuasa, sistem audio Bose 12 pembesar suara, lapan beg udara dan sistem ADAS penuh.
Turut dipamerkan ialah Mazda MX-5, model ikonik yang kekal relevan, manakala pandu uji disediakan untuk model Mazda 3, CX-30 dan kedua-dua varian turbo petrol serta turbo diesel bagi Mazda CX-5. Menariknya, bagi mereka yang membuat tempahan CX-5 di PACE 2025 atau sebelum 31 Ogos, anda akan menerima percutian 4 hari 3 malam ke Jepun secara percuma, termasuk tiket penerbangan dan penginapan, lengkap dengan lawatan ke Mazda Heritage Museum — destinasi wajib bagi peminat tegar Mazda.
Untuk peminat Kia, dua model menjadi tumpuan utama — Kia Sportage dan Kia EV9. Kia Sportage ditawarkan dalam dua pilihan enjin: 2.0L NA (154 hp/192 Nm) dengan transmisi automatik enam kelajuan dan 1.6L turbo (177 hp/265 Nm) dengan DCT tujuh kelajuan. Varian 1.6T turut hadir dengan sistem AWD dan kunci differential. Ciri utama termasuk sistem ADAS penuh, rim 18 inci, lampu utama LED projektor, tailgate berkuasa, dua skrin 12.3 inci dan sistem audio Harman Kardon dengan lapan pembesar suara. Tempahan Sportage semasa PACE juga melayakkan anda untuk diskaun istimewa serta peluang memenangi hadiah dalam cabutan bonanza Bermaz Auto bernilai RM180,000.
Kia EV9, SUV elektrik bersaiz besar pula ditawarkan dalam konfigurasi enam atau tujuh tempat duduk, kedua-duanya dalam versi GT-Line dengan dua motor elektrik AWD yang menghasilkan 385 PS dan 700 Nm. Bateri 99.8 kWj memberikan jarak pemanduan 505 km (WLTP) dan pengecasan pantas 350 kW membolehkan cas bateri naik 10-80% dalam hanya 24 minit. Ia juga dilengkapi 14 pembesar suara Meridian dan kamera menggantikan cermin sisi.
Dari jenama Xpeng, dua model elektrik ditampilkan – G6 SUV dan X9 MPV. G6 ditawarkan dalam dua varian: Standard Range dengan bateri 66 kWj (jarak WLTP 435 km) dan Long Range dengan bateri 87.5 kWj (570 km WLTP). Kedua-duanya pacuan roda belakang dan boleh mencapai kelajuan maksimum 200 km/j. Versi Standard menghasilkan 259 PS dan 440 Nm dengan pecutan 0-100 km/j dalam 6.6 saat, manakala versi Long Range menghasilkan 286 PS dan memecut ke 100 km/j dalam 6.2 saat.
Dari segi pengecasan, kedua-dua varian menyokong 11 kW pengecasan AC dan untuk DC, masing-masing menerima sehingga 215 kW dan 280 kW — cukup pantas untuk pengecasan 10-80% dalam 20 minit. Fungsi Vehicle-to-Load (V2L) turut disediakan, menjadikan G6 sebuah “power bank gergasi” yang ideal untuk aktiviti luar.
Bagi pembeli Xpeng G6 Long Range, anda akan menerima pengecas wallbox AC 11 kW percuma bernilai RM5,000 termasuk pemasangan asas, serta penjimatan insurans sebanyak RM5,000 — satu pakej “lima tambah lima” yang sukar ditolak.
Ingin MPV tujuh tempat duduk? Xpeng X9 adalah jawapannya. MPV elektrik 800-volt ini mampu dicas 10-80% dalam masa 20 minit sahaja. Ia ditawarkan dalam beberapa varian termasuk Standard Range 2WD Pro (84.5 kWj, 500 km WLTP) dan Long Range 2WD Pro serta Pro Plus (101.5 kWj, 590 km WLTP).
Ciri standard termasuk suspensi udara dua ruang, stereng roda belakang, rim 20 inci, bumbung kaca panorama, tailgate berkuasa dan sistem V2L 3.3 kW. Dalam kabin, anda akan menemui paparan instrumen 10.25 inci, skrin sentuh 17.3 inci, pengecas tanpa wayar berkembar 50W, tempat duduk larasan elektrik 12 hala lengkap dengan fungsi memori, haba, penyejukan dan urut, serta pembesar suara di perehat kepala pemandu.
Seperti jenama lain di PACE 2025, mereka yang menjadi antara 200 pelanggan terawal membuat tempahan kenderaan baru akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada rakan penaja acara termasuk Solar Gard, Dodomat, The Carage, Kuzig Glanz, Gintell dan DK Schweizer. Setiap tempahan juga akan melayakkan anda menyertai cabutan bertuah, dengan hadiah menarik termasuk 10 telefon pintar bernilai RM3,500 setiap satu serta hadiah utama berupa percutian dua orang bernilai RM25,000.
Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri pengalaman automotif terbaik di PACE 2025 — hanya berlangsung hujung minggu ini di Setia City Convention Centre.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.