Kos pemasangan roller barrier lima kali ganda berbanding penghadang jalan besi – Ahmad Maslan

Kos pemasangan roller barrier lima kali ganda berbanding penghadang jalan besi – Ahmad Maslan

Memang banyak kemalangan maut terjadi apabila kenderaan terbabas dan terlanggar penghadang jalan besi hingga besi berkenaan tertusuk ke dalam kenderaan dan menyebabkan kematian pemandu atau penumpang. Ia mendorong banyak pihak mendesak agar kerajaan menukar penghadang jalan kepada bahan alternatif yang lebih selamat dan kos efektif seperti pembahagi plastik fleksibel, pembahagi getah, kabel bertegangan tinggi, atau konkrit bertetulang secara berperingkat di kawasan berisiko tinggi.

Malah terdapat projek rintis di beberapa lokasi di jalan raya utama yang menggunakan penghadang jalan berputar atau roller barrier, namun hingga kini ia tidak dilaksanakan secara menyeluruh disebabkan kekangan kos.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pemasangan roller barrier memerlukan kos
yang lebih tinggi berbanding penghadang jalan besi.

“Peruntukan yang terhad menyebabkan pemasangan roller barrier sukar dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini. Pemasangan roller barrier memerlukan kos lima kali ganda lebih tinggi iaitu sekitar RM2,500 semeter berbanding penghadang jalan besi yang hanya berharga RM500 semeter,” kata beliau bagi menjawab soalan tambahan M Prabakaran (PH-Batu) sama ada kerajaan akan merangka piawaian baharu bagi pembahagi jalan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini.

Kos pemasangan roller barrier lima kali ganda berbanding penghadang jalan besi – Ahmad Maslan

Ahmad Maslan turut berkata, penentuan dan pemilihan jenis penghadang jalan bagi sesuatu lokasi adalah berdasarkan kepada ciri-ciri dan fungsi utama penghadang tersebut. Selain itu, pemilihan jenis penghadang jalan turut mengambil kira faktor kejuruteraan bagi sesuatu lokasi seperti jalan berselekoh/lurus, ketinggian tebing, halaju operasi, komposisi kenderaan berat, dan keadaan persekitaran.

“Justeru, jenis penghadang jalan alternatif atau inovasi seperti pembahagi plastik fleksibel, pembahagi getah, roller barrier dan sebagainya perlu dikaji dengan teliti berdasarkan fungsi, keupayaan prestasi, kesesuaian lokasi, keperluan penyenggaraan serta implikasi kos sebelum penggantian penghadang jalan besi atau penghadang konkrit dilaksanakan secara berperingkat,” katanya lagi.

Tambah beliau, meskipun penghadang jalan dipasang, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk tidak memandu melebihi had laju yang ditetapkan. “Sekiranya kenderaan dipandu melebihi had laju, daya hentaman yang berlaku mungkin melebihi keupayaan penghadang jalan untuk menyerap impak, sekali gus mengurangkan keberkesanannya. Oleh itu, penghadang jalan hanya dapat berfungsi dengan optimum sekiranya pemandu mematuhi had kelajuan yang dibenarkan.”

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required