Kerajaan belum bercadang laksana caj bagi kenderaan persendirian memasuki kawasan bandar – PMX

Kerajaan belum bercadang laksana caj bagi kenderaan persendirian memasuki kawasan bandar – PMX

Kerajaan Malaysia tidak berhasrat untuk mengenakan caj ke atas kenderaan persendirian yang memasuki kawasan bandar kerana langkah itu mungkin membebankan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, laporan Bernama

Tambah Anwar, langkah tersebut tidak sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia dalam masa terdekat kerana infrastruktur pengangkutan awam masih dalam pembangunan. Pada Februari lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pelaksanaan caj kesesakan di Kuala Lumpur tidak dapat dilaksanakan buat masa ini kerana pengangkutan awam perlu dipertingkatkan terlebih dahulu.

“Di sesetengah negara, bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, mereka mengenakan caj ke atas kenderaan lain (persendirian) yang memasuki bandar. Buat masa ini, kita tidak mencadangkan perkara itu kerana merasakan ia mungkin membebankan,” kata Perdana Menteri pada majlis pelancaran Terminal Bersepadu Gombak yang berlangsung semalam.

Keutamaan pada masa ini ialah membangunkan rangkaian pengangkutan awam yang menyeluruh, bersepadu dan mesra rakyat, kata Anwar. Awal tahun ini, pertimbangan untuk memperkenalkan caj kesesakan kenderaan di Malaysia muncul sekali lagi, dengan skop pelaksanaannya diperluaskan melangkaui Lembah Klang iaitu termasuk George Town di Pulau Pinang serta Johor Bahru.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance with us

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services. You can also pay with instalment using Grab PayLater or Shopee SPayLater.

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required