Perodua QV-E EV – kenapa bateri tak disertakan sekali? Perodua jelaskan program sewaan bateri

Perodua telah menyiarkan satu video di laman Facebook rasminya bagi menjelaskan mengapa EV QV-E ditawarkan dengan program sewaan bateri.

Video tersebut secara asasnya mengulangi apa yang telah Perodua sebut sebelum ini berkenaan program sewaan bateri berkenaan, antaranya adalah Perodua akan mengambil tanggungjawab terhadap tahap kesihatan bateri dan akan membuat pelupusan bateri secara mesra alam, malah nilai jualan semula EV berkenaan juga tidak akan berkait dengan bateri.

“Apabila bateri EV bukan tanggungjawab anda, anda terkecuali daripada kebimbangan pemilikan yang biasa”, kata kapsyen pada hantaran yang dibuat. Malah dalam salah satu teks dalam video yang disiarkan itu menyatakan bahawa “kebanyakan EV datang dengan kebimbangan terhadap bateri. QV-E tidak.”

Kami telah menulis dengan lebih terperinci berkenaan program sewaan bateri untuk EV Perodua QV-E ini di mana anda boleh baca pada PAUTAN INI. Walau bagaimanapun Perodua masih belum memberikan penjelasan lebih terperinci berkenaan bahagian ‘nilai jualan semula yang terjamin’.

Ini kerana sehingga kini Perodua masih belum mengumumkan berapa harga belian semula terhadap kereta berkenaan sama ada mengikut tahun mahupun mengikut meter perbatuan. Jadi walaupun anda tidak perlu risau untuk mencari pembeli sekiranya mahu menjual semula QV-E ini, namun berapa nilai jualan semula kereta berkenaan masih lagi belum diketahui.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required