Diskaun tol di LDP, Sprint sempena Deepavali ini

Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak), Sazally Saidi, telah mengumumkan diskaun tol bagi pengguna Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint (Sprint) sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut esok.

Di mana diskaun tol berkenaan diberikan kepada pengguna semua jenis kenderaan di kedua-dua lebuh raya itu mulai pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada hari berkenaan sahaja. Bagi pengguna di LDP, mereka akan menikmati diskaun sebanyak 60 sen, manakala bagi pengguna di Lebuh Raya Sprint diskaun tol yang diberikan ialah sebanyak 20 sen.

“Seramai 577,000 pengguna kedua-dua lebuh raya dijangka menikmati diskaun berkenaan,” katanya seperti mana yang dilaporkan oleh Bernama.