
Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org dengan tajaan bersama oleh Carro bakal berlangsung pada 26-27 Oktober ini di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Akan ada banyak tawaran menarik diberikan, jadi jangan ketinggalan kerena masuk adalah percuma!
Antaranya Audi Centre Glenmarie oleh Euromobil akan memberikan tawaran menarik kepada pelanggan. Anda boleh memiliki Audi e-tron GT dari RM399,990! Ini sebuah EV prestasi yang pantas: menjana sebanyak 646 PS dan 830 Nm, dan mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.3 saat sahaja, dan boleh mencapai laju maksimum 250 km/j ? semua ini tanpa sebarang pembebasan gas.
Jika inginkan SUV, Audi Q8 e-tron 55 akan ditawarkan dengan rebat RM61k. Ini menjadikan harga SUV yang menjana 408 PS dan 664 Nm serta mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 5.6 saat ini lebih menarik. Ia juga dilengkapi dengan kamera sisi (bukan cermin sisi biasa) dan sistem audio Bang & Olufsen 3D dengan 16-pembesar suara. Sesi pandu uji juga akan disediakan ketika acara.

Selain Audi, jenama yang turut akan berada di ACE 2024 termasuklah Toyota, Proton, Perodua, Volkswagen, BYD, Mitsubishi, Ford, MG serta smart dan eMas yang diuruskan oleh Pro-Net.
Semua jenama tersebut juga akan turut disertai juga oleh BMW/MINI (menerusi Auto Bavaria), Mercedes-Benz (menerusi Hap Seng Star) dan Volvo (menerusi Sime Darby Swedish Auto), serta beberapa jenama lagi di bawah kendalian EON yang turut akan mewakili jenama smart dan Audi, serta Cycle & Carriage dengan jenama Peugeot dan Leapmotor. Untuk motosikal, akan ada jenama BMW Motorrad, serta tidak lupa Trapo yang pelbagai produk melalui Exosystem-nya.
Seperti PACE, pengunjung ke ACE 2024 turut berpeluang memandu uji barisan kenderaan dari pelbagai jenama yang menyertai acara tersebut. Dan, tidak hanya kenderaan baru yang akan dipamerkan: kenderaan terpakai juga akan dibawa ? dengan pelbagai tawaran menarik untuk dinikmati oleh pelanggan, yang tidak ditawarkan di tempat lain.

Ini menjadikan ACE 2024 sebuah acara yang perlu anda kunjungi, kerana akan ada promosi awal sempena hujung tahun yang akan diberikan oleh jenama yang terlibat. Tidak ketinggalan, akan ada juga tawaran berasingan daripada kami di paultan.org.
200 pelanggan terawal yang membuat tempahan mana-mana kereta baru akan menerima baucar gabungan bernilai RM2,500, yang terdiri daripada RM500 baucar filem penapis haba/coating V-Kool, RM500 baucar Dodomat, RM500 baucar penapis udara Blueair, RM500 baucar untuk balutan kulit kustom DK Schweizer serta RM500 baucar dari Kuzig Glanz untuk filem pelindung cat badan kenderaan.
Akan ada banyak lagi promosi yang akan diumumkan sempena ACE 2024. Jadi terus perhatikan ruangan ini untuk maklumat lanjut. Tandakan kalender ? 26-27 Oktober 2024 ? dan jumpa nanti di SCCC. Masuk adalah percuma!
