Proton Saga akan datang dalam segmen-A, padanan enjin 1.0L dan 1.2L VVT 3-silinder; mungkin 1.0L turbo

FB_IMG_1452141797259-e1452153551379

Pada sidang media pengumuman enjin baharu di Proton yang berlangsung semalam, CEO Proton Datuk Abdul Harith Abdullah turut mengesahkan Proton Saga model akan datang akan diposisikan di bawah segmen-A, sebaris dengan model sedan yang berada di bawah yang segmen yang sama termasuk Honda Brio Amaze, Toyota Etios, Hyundai Xcent dan Ford Figo Aspire.

Model Saga yang ada di pasaran sekarang berada di bawah segmen-B dengan ciri-ciri tambahan termasuk kekemasan, material dan peranti yang lebih berkualiti tinggi. Penyelarasan semula posisinya ini mungkin membolehkan Saga menjadi model mampu milik dengan struktur harga yang lebih kompetitif termasuk bersaing rapat dengan model pesaingnya terutamanya model sedan yang bakal diperkenalkan Perodua kelak.

Langkah ini juga diambil sebagai satu usaha yang lebih besar untuk menyelaraskan jenis model Proton yang sedikit mengelirukan, dengan barisan akan datang yang lebih meluas bagi perbezaan yang lebih jelas antara model.

FB_IMG_1452141801804-e1452154171296

Harith juga berkata, model Saga masa akan datang bakal dipadankan dengan enjin VVT tiga-silinder baharu, bersesaran 1.0 liter dan 1.2 liter. “Pada masa akan datang, Proton Saga akan diletakkan di bawah segmen-A atau segmen-A+, jadi enjin 1.0 liter sangat sesuai untuk diaplikasikan,” ujarnya, sambil menambah Proton sedang membangunkan versi pengecas turbo bagi enjin 1.0 liter.

Seperti mana yang diperkatakan semalam, enjin baharu ini tidak akan memasuki produksi sebelum akhir 2017, jadi model Saga 2016, yang bakal dilancarkan pada tahun ini, mungkin akan menggunakan enjin 1.3 VVT iaitu sama seperti Iriz atau pun IAFM+ yang sama pada model Saga sedia ada.

Bagi enjin CamPro yang tidak lagi diteruskan bagi pasaran Malaysia, Harith berkata, untuk sesetengah pasaran, di mana piawaian emisi dan penjimatan bahan api tidak begitu ketat, Proton mungkin akan meneruskan penggunaannya, memandangkan ia merupakan penjana kuasa yang paling murah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required