JPJ nafi denda RM2k bagi kesalahan cermin gelap

JPJ_Roadblock2

Mulai 6 Februari lalu, peraturan baharu berhubung cermin gelap telah dikuatkuasakan. Ia diletakkan di bawah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2016 yang lebih diperketatkan berbanding peraturan 1991. Di mana pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara untuk kesalahan pertama, manakala pesalah yang mengulangi kesalahan tersebut akan didenda sehingga RM4,000 atau 12 bulan penjara, atau kedua-duanya.

Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tion Lai menerusi laporan The Sun.

Hari ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad telah menafikan kenyataan yang dilaporkan media Khamis lepas (18 Februari) berkaitan penguatkuasaan denda tersebut, laporan Bernama.

Ahmad berkata kompaun maksimum yang dikenakan oleh JPJ bagi kesalahan berkenaan adalah sebanyak RM300.

Katanya lagi, JPJ menerima maklum balas negatif daripada orang ramai yang tidak berpuas hati kerana pihaknya akan mengenakan denda yang begitu tinggi dan mahu mengaut keuntungan.

“Saya ingin tegaskan bahawa terdapat kekeliruan pemahaman dan laporan oleh media (The Sun) tentang perkara ini yang turut memetik kenyataan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara seperti yang dilaporkan itu adalah bagi undang-undang mahkamah terhadap pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan trafik bagi kesalahan pertama,” katanya.

Ismail berkata JPJ bertoleransi dalam mengenakan kompaun bagi kesalahan penggunaan cermin gelap dan pemanduan melebihi had laju serta mempertimbangkan kadar perbezaan sebanyak 10 peratus bagi setiap had yang ditetapkan.

“Misalnya untuk penggunaan cermin gelap, ditetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) untuk cermin sisi dan belakang ialah sebanyak 30 peratus, tetapi jika pemilik kereta menggunakannya pada kadar melebihi 35 sehingga 40 peratus kompaun masih tidak dikenakan.

“Begitu juga dengan kadar had laju, jika ditetapkan 110km/j tetapi pemanduan dilakukan antara 115km/j dan 120km/j masih belum dikenakan saman,” katanya.

Ismail berkata justeru orang ramai yang mempunyai masalah atau kekeliruan berkaitan penguatkuasaan peraturan oleh JPJ boleh mendapatkan penjelasan di mana-mana kaunter JPJ.

“Sebab itu kita adakan program Jom JPJ ini di seluruh negeri. Kita buat di kawasan tumpuan orang ramai untuk memberi perkhidmatan bagi membantu orang ramai mudah menyelesaikan apa-apa masalah berkaitan JPJ,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • The other day, saw an Audi TT with thick cloud of vape smoke coming out from the driver’s window. Not sure it was an S or not because frankly, it look so similar to a garden variety TT.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required