Peraturan cermin gelap dilaksana serta merta – denda sehingga RM2k atau 6 bulan penjara menanti pesalah

Peraturan Lama (kiri) dan baharu. VLT mengikut peraturan; makin rendah angkanya, makin gelap cerminnya

Bagi pemilik kenderaan yang masih degil melanggar undang-undang dan terus membiarkan tahap cermin gelap melebihi had akan berhadapan dengan denda yang cukup tinggi dan penalti di bawah akta undang-undang yang digazetkan awal bulan ini, disahkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi The Sun.

Peraturan baharu berhubung cermin gelap pada ini diletakkan di bawah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2016 yang lebih diperketatkan berbanding peraturan 1991.

Pindaan peraturan ini telah pun mula dikuatkuasakan sejak 6 Februari lalu, pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara untuk kesalahan pertama, manakala pesalah yang mengulangi kesalahan tersebut akan didenda sehingga RM4,000 atau 12 bulan penjara, atau kedua-duanya.

Peraturan sebelum ini hanya mengenakan denda sebanyak RM500 atau dua minggu penjara bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan berikutnya didenda sebanyak RM1,000 atau hukuman penjara tidak sebulan tidak melebihi satu bulan.

Peraturan cermin gelap dilaksana serta merta – denda sehingga RM2k atau 6 bulan penjara menanti pesalah

Satu-satunya perubahan ketara di bawah peraturan 2016 ialah tahap lut cahaya yang minimum bagi cermin depan atau kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) untuk cermin sisi dan belakang ditetapkan sebanyak 30%.

Sebelum ini, tahap minimum bagi VLT untuk cermin hadapan kekal 70%, sementara cermin sisi (tempat pemandu dan penumpang di sebelah pemandu) kekal pada 50%.

Dengan peraturan baharu yang telah digazetkan ini, difahamkan pihak polis akan memburu dan menahan pemilik kenderaan yang menerima notis amaran sejak November 2014.

Menurut Liow, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program advokasi bagi peraturan baharu cermin gelap ini.

“Buat setakat ini tiada operasi khas. Undang-undang ini telah termaktub dan orang ramai perlu mematuhinya sepanjang masa,” ujar Liow.

Manakala Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad pula berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan yang berbeza untuk mengingatkan orang ramai tentang peraturan baharu cermin gelap ini.

“Kita akan meminta para pemilik kenderaan terbabit supaya mematuhi peraturan baharu ini dan akan memberikan masa bagi mereka menanggalkan lapisan cermin gelap yang melanggar undang-undang ini,” ujar Ismail.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Razali on Feb 19, 2016 at 3:20 pm

    What about recon cars. The original glass already dark.

    Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 0
  • squall_shinoda on Feb 19, 2016 at 8:29 pm

    Only in Banglasia: Langgar lampu merah, keluar masuk simpang takde signal, tak guna side mirror, potong double line dgn keluar masuk simpang tak ikut priority hak jalan yang memang terang2an kasi mampus orang lain yg tak salah pun paling teruk kena saman cuma RM300 je, tapi cermin tinted yang sikit pun tak mengancam nyawa orang lain lak kena saman RM2,000. Macam haram jadah nyer JPJ, cuma tau nak rompak rakyat je.

    Like or Dislike: Thumb up 25 Thumb down 0
    • murni on Feb 20, 2016 at 12:33 am

      untuk keselamatan pun salah ke. macam saya bila memandu kenderaan bersendirian terasa tidak selamat bila ada yang memerhati. harap pihak JPJ dapat pertimbangkan demi keselamatan rakyat.t.kasih..

      Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 3
  • murni on Feb 20, 2016 at 12:42 am

    untuk keselamatan pun salah ke. macam saya bila memandu berseorangan terasa teracam dan tidak selamat ada yang memerhati. harap pihak JPJ dapat pertimbangkan soal denda demi keselamatan rakyat.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 6
  • skatax on Mar 02, 2016 at 8:39 pm

    Penguatkuasaan bagai, tapi tindakan sangat kurang. Saya pernah lihat kenderaan JPJ Honda CR-V (yang sarat dengan pegawai JPJ beruniform di dalamnya) memintas 2-3 kenderaan cermin gelap sekitar Besraya highway di Serdang. Langsung tak buat apa2.

    Come on lah.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required