SPAD bakal lancar aplikasi dalam talian untuk teksi

Malaysia-Taxi-01

Bagi melaksanakan transformasi terhadap perkhidmatan teksi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melakukan pelbagai penambahbaikan termasuk memperkenalkan aplikasi seperti yang digunakan oleh Uber dan GrabCar.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata aplikasi itu akan dibangunkan bersama pengendali rangkaian dalam usaha untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada pengguna, laporan Bernama.

Abdul Aziz juga menolak dakwaan bahawa sistem perkhidmatan teksi negara berada pada tahap rendah, sebaliknya berkata masyarakat memilih perkhidmatan Uber dan GrabCar disebabkan kedua-duanya menggunakan aplikasi yang mudah diakses.

Isu mengenai Uber dan GrabCar masih berlarutan kerana sehingga kini tiada kata putus daripada pihak kerajaan mengenai perkhidmatan teksi di dalam talian itu. Malah ia didakwa banyak memberikan tekanan terhadap pengusaha dan pemandu teksi di negara khususnya di sekitar ibu kota sehingga memaksa mereka melakukan protes di hadapan kompleks membeli belah Fahrenheit 88 sepanjang Jalan Bukit Bintang pada 29 Mac lalu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • taxi sudah lama ada apps sendiri sebelum uber dan grabcar wujud lagi…

    dulu dipanggil myteksi…

    tetapi dlm media dll saluran tidak dinyatakan perkara ni….

    pihak terbabit masih menutup perkara ni

    masalah utama skrg ialah grabcar dan uber wajib jadi macam teksi,iaitu perlu ada lesen dan pergi ke puspakom

    dan teksi perlu dihapuskan permit dimana teksi membayar rm56 sehari (rm1600 sebulan) dimana grabcar dan uber tidak perlu…so tidak adil

    ini shaja perkara yg perlu diubah…bukan tambah apps pd teksi…taxi apps dah ada bnyak…grabtaxi…sunlight…dll

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required