Bayaran tol di LPT2 akan dikutip bermula 15 Julai ini

LPT2_PTBM

Kepada mereka yang baru pulang beraya ke kampung di Pantai Timur menggunakan lebuhraya LPT2, itu mungkin kali terakhir anda melalui laluan berkenaan tanpa dikenakan sebarang bayaran. Hal ini kerana bermula 15 Julai nanti, bayaran tol di laluan LPT2 akan mula dikutip setelah beroperasi percuma sejak 31 Januari 2015.

Memetik laporan Berita Harian, kadar tol yang akan dikenakan kepada pengguna pada peringkat awal adalah sebanyak 12 sen bagi setiap kilometer bagi kenderaan kelas 1 (kereta). LPT2 sepanjang 184 km yang bermula dari Jabor, Pahang hingga ke Kampung Gemuroh di Terengganu melibatkan 10 plaza tol disepanjang laluan berkenaan.

Menurut Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md Salleh, kutipan tol LPT2 yang dibuat hanya selepas cuti Hari Raya Aidilfitri adalah untuk mengambil kira kepentingan rakyat. “Kutipan tol di lebuhraya ini perlu dilakukan untuk membiayai kos penyenggaraan dan operasi termasuk penyediaan kemudahan seperti perkhidmatan peronda, kawasan rehat dan rawat serta lain-lain kemudahan untuk keselesaan dan keselamatan pengguna lebuhraya,” jelasnya.

10 plaza tol yang terlibat adalah Plaza Tol Cheneh, Plaza Tol Chukai, Plaza Tol Kijal, Plaza Tol Kerteh dan Plaza Tol Paka di Pahang manakala lima lagi plaza tol di Terengganu ialah Plaza Tol Kuala Dungun, Plaza Tol Bukit Besi, Plaza Tol Ajil, Plaza Tol Telemong dan Plaza Tol Kuala Terengganu.

Syarikat Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd yang merupakan milik penuh Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Berhad) telah dilantik oleh kerajaan untuk menjalankan operasi, penyenggaraan dan kutipan tol di lebuhraya berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • alhamdulillah…akhirnya kutipan tol dikenakan…diharap dengan hasil kutipan tol ini segmen tertentu lebuhraya tersebut dapat diturap semula, pagar2 yang runtuh dapat dibaiki, rondaan keselamatan yang lebih kerap, rumput- rampai dapat dipotong dsb..

    satu lagi pemandangan lebuhraya ni agak membosankan…so apa kata plus pasang banyak2 papan iklan utk disewa…so sambil memandu dapat la membaca ayat ayat kreatif kat papan iklan…takde la mengantuk dan suasana lpt2 akan lebih meriah…selamat jalan .pandu cermat jiwa selamat.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Ok la tu, kadar tol pun masih affordable.
    Setuju dgn pemasangan papan iklan, selain dpt jana income utk pengendali hiway dpt juga buat rileks mata utk driver

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required