Bezza diramal bakal meningkatkan jualan Perodua

Perodua_Bezza_PremiumX_Ext-21

Perodua Bezza belum lagi dilancarkan secara rasmi (pelancarannya dijadual akan berlangsung petang ini), tetapi menurut laporan The Star, sedan pertama keluaran syarikat pembuat automotif kedua negara ini dijangka bakal merancakkan semula pasaran jualan kereta baharu berdasarkan ramalan jualan yang dibuat oleh Penyelidik Bank Pelaburan Maybank.

Badan penyelidik berkenaan mendedahkan bahawa Bezza diramal akan meningkatkan jualan keseluruhan Perodua untuk tahun 2016, 2017 dan 2018 dari 220,000, 217,000 dan 205,000 unit kepada 225,000, 250,000 dan 240,000 unit. Angka jualan yang meningkat berkenaan turut diramalkan akan meningkatkan pendapatan untuk syarikat lain yang berkaitan seperti syarikat induk UMW Holdings dan pembekal MBM Resources serta Pecca Group dengan antara 1% hingga 12%.

“Dari segi pendedahan kepada Perodua, kami percaya MBM merupakan yang terbesar dengan Perodua menerusi pemilikan berkaitan 22.6% iaitu 80% hingga 85% daripada asas mereka. Kami menjangkakan sekitar 10% hingga 11% kereta buatan Perodua di Malaysia dijual menerusi DMM Sales milik MBM; pembekal komponen (contohnya tali pinggang keledar, beg udara dan roda) [adalah] menerusi Hirotako dan Oriental Metal Industries (OMI), kedua-duanya di bawah MBM.

“Pecca mendapat manfaat kerana mereka merupakan pembekal tunggal sarung tempat duduk kulit untuk Perodua manakala UMW bakal mendapat pendedahan positif dari pegangan 38% saham mereka dalam Perodua sendiri,” menurut laporan berkenaan.

Perodua dijangka akan menjual hampir 8,000 unit Bezza setiap bulan pada tahun 2016, dan 38,000 unit untuk baki lima bulan lagi tahun ini. Bank Pelaburan Maybank bersikap konservatif berkenaan Bezza, dan menaikkan ramalan jualan dari 15,000, 30,000 dan 25,000 unit pada 2016, 2017 dan 2018 kepada 30,000, 84,000 dan 70,000 unit.

Walau bagaimanapun, kenaikan untuk jualan keseluruhan jualan Perodua hanya diramalkan sebanyak 2% hingga 17% kerana Bezza akan menngurangkan jualan Myvi dan juga melembabkan jualan Alza.

Perodua_Bezza_Advance_Int-20

Bezza diproduksi di kilang baharu Perodua Serendah dan mempunyai kandungan tempatan sebanyak 95%, bermaksud hanya 5% komponennya yang terdedah kepada turun naik pasaran tukaran wang asing. Enjin 1.3 liter 1NR-VE Dual VVT-i akan diproduksi di kilang enjin Perodua Sendayan, Negeri Sembilan, serta sebuah lagi kilang baharu ditempatkan di lokasi berkenaan untuk memproduksi kotak gear automatik elektronik (E-AT).

Dijual pada harga antara RM37,300 untuk model 1.0 Standard G manual dan 50,800 untuk varian tertinggi 1.3 Advance automatik, Bezza dilengkapi dengan lampu belakang LED, sistem kunci pintar serta butang penghidup enjin, penderia parkir hadapan, port pengecas USB, sistem multimedia dengan skrin sesentuh, kamera undur dan Bantuan Mula Mendaki, merupakan antara ciri baharu dari Perodua.

Untuk ciri keselamatan, semua varian dilengkapi dengan dua beg udara, Brek ABS serta EBD. Varian Advnce turut dilengkapi Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), membolehkan ia menerima penarafan lima-bintang ASEAN NCAP (model lain tanpa ciri ini menerima empat-bintang) pertama untuk Perodua.

Perodua_Bezza_Advance_Ext-25

Dua pilihan enjin ditawarkan untuk Bezza iaitu enjin 1.0 liter VVTi 1KR-VE berkuasa 67hp/91 Nm dan enjin 1.3 liter Dual VVT-i 1NR-VE berkuasa 94hp/121 Nm. Kesemua enjin ini dipadankan dengan dua pilihan kotak gear sama ada manual lima kelajauan atau empat kelajuan automatik.

Dengan minat awam kini bertumpu kepada Bezza, Bank Pelaburan Maybank menjangkakan ia akan menjejaskan model-model Proton – Saga, Iriz dan Persona yang dilaporkan mencapai jualan antara 70,000 hingga 75,000 daripada jualan keseluruhan Proton berjumlah 102,000 unit pada tahun 2015. Walau bagaimanapun, Proton dijangka akan melancarkan Saga dan Persona baharu tahun ini.

GALERI: Perodua Bezza 1.3 Advance

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required