Proton Persona yang dilancarkan pada Ogos lalu kini mencatatkan jumlah tempahan 7,000 unit setakat ini, memetik laporan Bernama. Mula diperkenalkan pada 2007, Proton Persona terbaharu adalah dari generasi kedua model berkenaan yang dikeluarkan.
“Kami gembira dengan jumlah berkenaan dan berada pada landasan yang betul untuk mencapai sasaran jualan antara 3,000 dan 4,000 unit sebulan. Sasaran itu dinyatakan sebelum ini oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali,” jelas Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Faisal Albar pada Majlis Penghargaan bagi Pemenang Pingat Olimpik Malaysia semalam.
Proton tahun ini sudah memperkenalkan dua model baharu, iaitu Perdana dan Persona. Dua lagi model sedang menanti untuk dilancarkan bagi melengkapkan pengenalan empat model baharu keseluruhannya; Proton Saga pada hujung bulan ini manakala Proton Ertiga MPV pada Oktober nanti.
Proton Persona 2016 1.6 Executive CVT


Proton Persona
dari RM 47,800
Proton X90
dari RM 106,800
Proton S70
dari RM 73,800
Proton eMas 7 PHEV
dari RM 109,800
Proton X70
dari RM 106,800
Proton Saga
dari RM 38,990
Proton eMas 5
dari RM 59,800
Proton X50
dari RM 89,800
Proton eMas 7
dari RM 103,800
Saya harap DRB-HICOM proton, kembali ke landasan yang betul, untuk meneruskan persaingan dalam automotive malaysia. Dalam model terbaru proton kereta persona R.. saya amat kagum dengan rekabentuk body, elektronik dan keselamatan. Untuk keselamatan proton memberi keutamaan selain daripada qualiti.